TOTAL PAGEVIEWS BLOG

dulu dulu.. malu nak mengaku ada blog, segan nak promote entri

by - May 21, 2019
Blog ini ditubuhkan pada tahun 2010; time saya Tingkatan 5 (sekarang umur dah 26 hehe). URL blog saya ketika itu teramat lah 'comel' dan memalukan! Memalukan sebab sentiasa mengundang ketawa dan usikan orang. 


memburucintamu.blogspot.com.

Actually, maksud 'mu' di situ adalah Allah, tapi orang salah faham. Mereka ingatkan 'mu' itu adalah kaum Adam. Eeuuww. Hahaha.

Niat nak buat blog - sebab nak ikut kawan sekelas yang ada blog. Seronok tengok blog dorang. Lawa lawa. Ramai orang komen. Ada chatbox. Blink-blink. Header lawa. Siap ada lagu. Fuh time tu saya amazed gila kot hahaha. Hmm saya pun nak juga macam tu. Thats why saya sign up blogger.com.
blog
Blog | GAMBAR SEKADAR HIASAN
Disebabkan saya ZERO ilmu tentang blog. So, saya pun tanya lah kawan kelas saya yang ada blog tu. Mana nak cari template blog cun cun. Macam mana nak buat header. Chatbox kutip mana.

Tapi takkan semua benda nak tanya kawan. Saya explore sendiri. Macam mana nak tulis entri. Apa yang nak diletak dalam blog. Macam mana nak follow blogger lain. Kalau nak buat bloglist, nak tekan apa. Dan sebagainya.

Nama pun blogger baru kan. Follower berapa je. Ciput. So, lepas SPM kan takde buat apa. Nak kerja, abi tak bagi. Saya pun apalagi. Memang pulun follow blog orang hahaha. Join semuaaa giveaway, segmen yang tengah berlangsung. Saya follow semua peserta giveaway dan tinggalkan jejak di situ. Siap tulis komen "done follow. jangan lupa followback ye". Lebih kurang macam tu lah 'pesanan penaja' dari saya hahahha.

Gigih pagi petang malam follow blog. Target harini berapa orang, esok berapa. Bila ada orang follow blog sendiri, mula lah gembira tahap gaban! Haha. Bila nampak ada peningkatan follower blog walaupun sedikit, fuhh rasa excited tu toksah cakap la. Senyum sampai ke telinga. Siapa yang melalui je boleh faham that feeling haha.

On the other hand, kat facebook saya tengok ada blogger yang saya friend post entri blog di wall mereka. Saya macam hmmm jealous nya. I want like that too. Tapi follower blog saya sikit baru. Malu lah nak beritahu orang lain saya ada blog.

Tengok follower blog mereka hmm masing masing dah beratus, beribu. Jealous nya.

Bilangan komen orang drop di blog mereka banyak. Hmm bestnya. Nak juga macam tu. Ni blog saya.. orang takde komen pun. Kalau ada pun, sikit je. Malu nak cerita kat kenalan & family members saya yang saya ada blog. Nanti mesti dorang gelakkan saya sebab takde visitor pun kat blog saya.

Self-esteem saya as a blogger at that time was very low. I don't have enough confidence to introduce my own blog. I don't have courage to proudly say to my friends that "aku ada blog".

Hahaha masa tu saya blogger baru nak up + masih 'budak' (well 17 tahun kan) so.. time tu cepat down. Cepat jealous. Cepat dengki. Cepat rasa tak puas hati bila tengok blogger lain 'lebih' dari saya. Tapi well, saya ni memang positif orangnya haha. Thankful to that.. I never give up. And just move forward. Bila rasa negatif tu datang, saya cepat cepat tepis.

Saya usaha almost everyday. Tulis entri, follow blog orang, tinggalkan komen di blog yang saya blogwalking. I learn new thing about blogging. Ambil nasihat blogger yang lebih senior dan otai.

Lepas saya rajinnnnn buat semua benda tu and then masuk matrikulasi Selangor selama setahun. Saya slow down and at one point, saya stop semua aktiviti blog. Nak fokus belajar kan.

Lepas matrik, ada waktu 'rehat' sebelum masuk ke UPM sambung degree. Haa time rehat tu lah, saya buka balik blog. Catch up things. Buat apa yang patut. Tapi tak lah aktif sangat.

Tak silap saya waktu saya second year kat UPM kot saya start aktif blog. Semangat update entri tu toksah cerita laa. Satu hari lebih dari 3 entri tak silap saya update. DARAH MUDA gitchuw hahaha. Padahal, bila fikir balik time tu dah la busy study bagai, tapi sempat juga curi masa nak update blog. Nampak tak? "hendak seribu daya, tak nak seribu dalih". hahaha.
blog
i love blogging
And then tahun 2015, saya ada join EFG (sekarang nama AFB) group. Di situ, ilmu blog saya makin bertambah. Makin semangat lah saya update blog haha. Makin confident untuk share my blog entries on public (i mean Facebook). Circle of positive bloggers ketika itu sangat best. Sama sama nak naik. Bersaing secara sihat.

And then, saya berani untuk beli domain blog sendiri. Tukar URL jadi www.sayidahnapisah.com. My own name. My own identity. Tak malu nak guna nama penuh saya sendiri.

And then, tahap kerajinan saya tu Alhamdulillah saya kekalkan. Of course ada masa saya malas. Lagi lagi kalau ada final exam, memang mood nak buka blog takde. Ada je waktu saya tak peduli tentang blog.

Ups and downs.. here I am. Masih kekal dengan blog kesayangan saya.
Dari pageviews blog sehari less than 10, and now dah beribu.
Dari follower 0, sekarang dah 1000 lebih.
Dari total blog pageview 100, sekarang dah lebih 8 juta.
Dari blog yang kosong tiada iklan apa, sekarang dah ada Adsense & Innity.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
never give up
Even Disney inspires me :)
Apa yang saya boleh kata.. bukan senang nak berada di tahap sekarang. Orang nampak kita yang sekarang indah je, tapi tak pernah tahu apa yang kita dah lalui. Pahit manis masin masam. Masa yang telah dikorbankan.

Apa yang penting? Cari ilmu dan apply it. Rajin. Usaha. Semangat. Pandai cari peluang. Take the risk. Never give up. Positif!

Apa yang lebih penting? Identiti blog. Apa yang kita nak dengan blog kita sekarang? Apa 'batas' yang kita tetapkan dalam menulis entri? Apa niat kita update blog? So that bila kita 'tersasar', kita boleh 'kembali'.

'Batas' tu i mean.. contohnya kalau saya.. saya taknak buat entri gosip retis retis sebab takut jadi fitnah. Saya juga cuba elak letak gambar yang tidak menutup aurat (yang nampak muka). Takut nanti saya 'kena' di Akhirat sana.

Tu saya lah. Lain orang, lain 'rules' nya hehe.

Okay itu sahaja, harap entri ni bermanfaat dan dapat beri sedikit semangat & motivasi pada mereka yang sedang 'menaikkan' pageviews blog masing masing. Saya pun banyak lagi benda perlu perbaiki. Perjalanan saya pun masih jauh lagi.

Jom kita 'jalan' sama sama menuju kejayaan eh? Hehee.

Chaiyok chaiyok! Keep on what you're doing. You're doing good. You're doing fine. Its okay to fail. You may fall but you have to rise again. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru, okay?



You May Also Like

14 comments

  1. Alhamdulilah...sekarang hebat dah dia ..
    All the best!

    ReplyDelete
  2. happy blogging..semoga terus maju jaya.

    ReplyDelete
  3. dulu pernah jugak berhenti blog sekejap dalam dua tahun juga...suam-suam kuku masa tu sebab kawan2 blogger lain semua da slow down juga...tahun lepas la baru start aktif balik update setiap hari...

    ReplyDelete
  4. Sama la..Mama Yan start berblog tahun 2010...tahun 2015, 2016,merudum habih. 3-4 entry jer setahun..kikiki

    ReplyDelete
  5. idola !!!!! I took a very long break and had to start from scratch. So I'm still a newbie now. hehe

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Seronok bila ada kawan2 blogger ni. Semangat terus. Hehe

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. dari tak ada apa-apa, sekarang dah makin ohsem..

    ReplyDelete
  8. Sabar itu perlukan...sentisa bersemangat dan rajin inshaAllah Allah beri apa selayaknya.

    ReplyDelete
  9. So inspired.. Kalau rajin & usaha insyaAllah pasti berjaya :)

    ReplyDelete
  10. Semoga penulisan kita menjadi manfaat kepada pembaca yang setia. Kesetian depa boleh page view haha

    ReplyDelete
  11. tahniah
    Sekarang dah jadi blogger hebat

    ReplyDelete
  12. Sama lah...sy pun malu jgk sampai skrang. Bila kenkawan wasap "Wei Aku baca blog ang!"..kuang ajor sapa soh baca? Hahaha boleh marah mcm Tu?

    ReplyDelete
  13. Semoga terus berblogging. Bukan senang untuk berjaya dalam sesuatu bidang. Perlu usaha yang berterusan. Semoga dapat terus berkongsi ilmu yang bermanfaat.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p