#Cabaran20Hari RESEPI SAHUR PALING RINGKAS
Hola holaaa~ alhamdulillah masih bernafas di bumi ini dan mampu menaip entri untuk #Cabaran20Hari ni. Dah masuk hari ketiga sejak cabaran ini dilancarkan. So, apakah resipi hidangan sahur paling ringkas ?
credit : kuehmueh.com |
RESIPI LEMPENG, KAU JANGAN LEMPANG PULA
#tajukhambar
Okay memang ringkas, simple, mudah dan senang je buat lempeng ni. Secara asasnya, bahan-bahan membuat lempeng ada empat je.
1) Tepung
2) Garam
3) Air
4) Mauripan
That's all!
Cara membuat nya pulak alahai jimat masa dan jimat air liur *takde kena mengena* kihkih.
1) Berapa banyak tepung untuk masuk dalam adunan? Terpulang pada masing-masing. Nak banyak ke.. nak sikit ke.. nak sederhana ke.. Cuma jika mahu dijadikan panduan, satu senduk tepung untuk satu lempeng.
2) Garam pulak secubit untuk buat satu lempeng.
3) Air pula kita tambahkan ia ke dalam adunan hingga tepung dan air menjadi sebati. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sederhana.
4) Mauripan pula hanya sedikiiiiittttt sahaja. Kalau nak buat lempeng satu tu tak payah letak mauripan pun takpe. Sebab kesan mauripan ni kuat jugak. Kalau terlebih letak mauripan boleh mendatangkan bahaya. Jadi, letak sikit je untuk naikkan lempeng tu.
Then, usai buat adunan, kita goreng! Saiz dan ketebalan lempeng tersebut terpulang pada kehendak masing-masing nak macam mana. Lain orang, lain citarasa kan :)
Itu secara asasnya. Anda boleh juga tambahkan susu segar di dalam adunan tersebut. Telur pun boleh. Pisang pun boleh. Haaa kalau nak tahu apa lagi bahan yang boleh ke tak boleh, apa kata buat eksperimen sendiri? Bukan eksperimen cinta ye! Hehehe.
Credit : tripwow.tripadvisor.com |
credit : www.tiffinbiru.com |
credit : ibucergas.com |
credit : www.tiffinbiru.blogspot.com |
Okay itu sahaja. Esok jumpa lagi dengan tajuk cabaran no. 4 :) Sekian :)
10 Comments
hehehehee... #tajuktakhambar ..!!
ReplyDeletelempeng panas2 cecah sambal is heaven okehhh.... ;)
btw, Maripan tu mende..? tak pernah guna pun...
mauripan le kak ain. ce google hahaha
DeleteMauripan selalu guna buat dough donat dan pizza... :)
DeleteInfo untuk Ain
salam sayidah...awk upm eh....una study upm jugak..hehehhe btw,macam mana nak join cabaran ni...
ReplyDeletewassalam.yeap saya upm hehe. senang je nak join.. buat entri ni dan ping kan entri tersebut di page Exchange Feed Group di sini --> https://www.facebook.com/pages/Exchangefeedgroup/790704187683142?ref=aymt_homepage_panel :)
Deletelempang pun sedap jugak untuk bersahur...kakakaka
ReplyDeletehahaha..mai, lempang ni utk org susah nk bgn sahur..
DeleteSalam KC
ReplyDeleteselalu time sahur ada jugak buat lempeng ni... tapi sahur kali ni belum buat... sebab nya kalau ada masak lemak ayam, kari ayam dan asam pedas memang sedaplah... cicah dgn lempeng
teringat masa zaman remaja purba, request dekat ayah nak makan lempeng,.. hehehe.. ;)
ReplyDeletewah..lempeng ni ada tambah mauripan ea....memg umph..suka jugak makan dengan sambal tumis..x pon cicah dengan gula / susu..sedap jugak
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p