Ye saya dah banyak kali cerita pasal dia sebelum-sebelum ni.
Memang susah betul nak pikat dia ni. Dia jual mahal dengan saya banyak kali. Bukan sekali dia jual mahal, tapi banyak banyak kali! Banyak betul saya kena buat untuk ambil hati dia. Saya dah cuba
berkorban semampu dan sebanyak yang mungkin hanya untuk dia. Tapi dia tak
pernah nak hargai saya. Pernah sekali je dia hargai saya tapi sekejap tu je
lah. Selepas dia dah beri saya sinar harapan sikit, kemudian dia punahkan
balik. Dah macam-macam cara saya buat. Setiap hari saya perbaiki mana yang perlu. Saya siap tanya nasihat pada yang pakar dalam hal ni. Saya siap minta tips pada senior saya cara cara menambat hati dia. Sifu saya yang lebih berpengalaman dalam bab ni siap tolong saya lagi. Dari tahun lepas saya berhempas pulas demi dia. Tapi...dia tak pernah nak pandang segala usaha saya ni. Saya tak tahu mana salah saya.
dia jual mahal pulakkkk
![]() |
gambar hiasan |
Dia sangat penting bagi saya. Dia lah masa
depan saya. Dia lah antara pembakar semangat saya untuk terus berkarya. Dia lah
yang menjadi pendorong saya untuk tulis entri panjang-panjang berjela tanpa
lelah. Dia lah pemangkin saya untuk tidak berputus asa dalam menghasilkan entri
yang berkualiti.
Tapii tulah. Dia ni jual mahal sangat. Ada
sesetengah orang lain nak dekat dengan dia senang je. Saya ni dia buat tak
pandang aje. Setiap kali saya kena reject, dia akan beri sebab. Tapi saya tak
faham dengan reason dia. Saya sentiasa membaikpulih hubungan antara saya dan
dia.. tapi hasilnya tetap begitu. Tiada perkembangan. Dia tetap meletakkan
jurang antara saya dan dia.
Saya buntu. Saya kecewa. Saya hanya mampu berserah je sekarang ni. Tapi itu tidak bermakna saya akan berputus asa dalam memenangi hati dia. Saya cuba berfikir positif. Mungkin dia ada sebab yang tersendiri.
Saya tak perlu terlalu memaksa jika mahu hubungan ini berjaya. Saya harus cuba untuk
memahami dia walaupun payah.
Saya tak tahu sampai bila saya harus begini. Saya pun manusia biasa.
Kekadang saya rasa saya nak give up je. Saya rasa nak stop je menagih perhatian
dia untuk terima saya. Saya rasa macam nak lepaskan aje dia dari hidup saya. Tapi..tak
boleh! Saya tak boleh lemah macam tu. Hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih. Jadi, saya kuatkan hati meneruskan perjuangan ini.
Antara azam saya tahun 2016 ini ialah...dia terima saya seadanya.
Siapakah dia? Saya pernah buat entri tentang dia sebanyak tiga
kali sebelum sebelum ni. Korang boleh baca kat bawah ni.
Iye. 'Dia' yang saya cerita dari awal tadi adalah Adsense.
Adsense is a free, simple way to earn money by placing ads on your website
![]() |
website Google Adsense (www.adsense.com) |
Wish me luck! :)
**special thanks to my sifu adsense, Abe We yang banyak bantu memperbaiki mana-mana yang patut di blog saya supaya Adsense suka kat saya...
dan
sifu Abg Feroz yang tak jemu jemu bagi tips dan nasihat membina dalam memenangi hati Adsense :D
**special thanks to my sifu adsense, Abe We yang banyak bantu memperbaiki mana-mana yang patut di blog saya supaya Adsense suka kat saya...
dan
sifu Abg Feroz yang tak jemu jemu bagi tips dan nasihat membina dalam memenangi hati Adsense :D
4 Comments
Bukan permintaanmu sahaja wahai adik di tolak..permintaan akak juga begitu...sob...sob...sob...
ReplyDeleteGood Luck ... InshaAllah suatu hari nanti impian awak tercapai.
ReplyDeleteBeria saya baca ingatkan siapalah dia. hehehe
Alahai, apa pula alasan dia kali ni?
ReplyDeletehanisamanina.com
oklah tu..nuffnang pun tak teringin ngan akak.lagi sedih
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p