Resepi Sambal Udang - my favorite! - sayidahnapisahdotcom Resepi Sambal Udang - my favorite!
LightBlog

Resepi Sambal Udang - my favorite!

Sambal udang.. arghhhh kalau bagi saya satu mangkuk besar pun saya boleh habiskan hahaha. Apa-apa jenis udang lah sebenarnya. Bukan setakat sambal udang je, udang goreng kunyit, udang masak halia, udang goreng berlada, udang goreng biasa pun den telan semua. Haha.

Haritu Ramadhan hari ke berapa ek, lupa sudaa. Umi ajar den cara nak masak sambal udang. Senang je rupanya kekeke #berlagak. So, jom kita ushar resepi mudah dan sedap sambal udang ni! (walaupun dugaan menghadap dan meng-edit gambar sambal udang ni time puasa ni arghhhh T-T)

Resepi Sambal Udang
Resepi Sambal Udang

Resepi Sambal Udang

udang sambal
Resepi Sambal Udang
Bahan-bahannya

Udang (almost 1 kg)
Bawang kecil 14 biji (nak lebih dari 14 biji pun boleh)
Kunyit hidup 1 inci 
Halia 1/4
Cili merah 7 batang
Lada besar 7 batang
Bawang besar 1 biji
Lemon
Sos
Garam

Cara-cara memasak sambal udang

1. Blender bawang kecil + kunyit hidup + halia yang telah dikupas bersama cili merah & lada besar .
2. Pasang api sederhana. Masukkan minyak ke dalam kuali.
3. Kemudian masukkan bahan bahan-bahan yang telah diblender tadi + bawang besar yang telah dihiris nipis.
4. Tumis sehingga keluar minyak
5. Kemudian, masukkan udang, sos dan garam secukup rasa. (nota: kalau nak lagi sedap, campurkan kicap. tapi saya disebabkan umi saya diabetes. tu yang tak campur kicap. sos pun bubuh tak banyak. hehe)
6. Perah sedikit lemon
7. Gaul hingga sebati (pasang api kecil je)


Siap!

Ohh.. yang perahan lemon tu kalau taknak pun tak apa. Umi saya suka isi perahan lemon dalam masakan hehe.

Saya tanya umi.. apa kebaikan or kelebihan memasukkan perahan lemon ke dalam masakan?

Umi kata fungsi perahan lemon ni adalah untuk:
1. buat makanan tu lambat basi
2. ustaz kata.. jin tak suka dengan makanan yang diperah dengan lemon
3. tentulah makanan tersebut akan bertambah sedap hehe. thats why kalau tengok rancangan masakan luar negara, dia suka perah lemon di hujung masakan.

Resepi Sambal Udang
Sambal Udang

cara buat sambal udang
Sambal Udang

Resepi Mudah Dan Sedap Sambal Udang
Sambal Udang Sedap!

Selamat mencuba!

Baca juga:

Post a Comment

3 Comments

  1. sambal udang pun senang untuk disediakan

    ReplyDelete
  2. Kc .. kekya tgk gambar ni ngan akif..terus dia cakap..umi masak aambal udang boley. Huhu sambal udang camno nak oiii udang pon takdak sekor dlm peti ais nak oii..dia cakap cam sedap jer sambal udang dlm gambar hahaha

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p