Jom baca nukilan Aiman Banna ni! Best tau. Kalau korang rajin, baca lah dari awal sampai habis. Kalau tak rajin, baca jawapan bagi soalan yang terkena kat batang hidung diri sendiri je lah hahaha. Okay lets jom!
*Tak pernah solat?
*Selalu jatuh cinta?
*Rindu ex-boyfriend?
*Rasa diri seorang 'rude'?
*Rasa diri keseorangan?
*Selalu tengok pornografi?
Jom baca sesi QnA Aiman Banna...
[Soalan]
Assalamualaikum.i
have a few ques to ask.
1. i already 15 but i never perform solah (i do love Allah &
prophet)
2. i always falling in love.
3. i always miss my ex 24/7
4. im such a rude daughter/sister
5. im lonely
6. i always watch porn
help me please i want to come back to Islam
[Jawapan]
Waalaikumussalam yaa Ukhti.
Kita sebaya, umur masih belasan namun perlu kita bersyukur
kepada Allah kerana Allah kurnia hadiah hidayah kepada kita. Allah bagi kita
ada rasa untuk tinggalkan jahiliah. Alhamdulillah.
Tak pernah solat,
Selalu jatuh cinta,
Rindu ex-boyfriend,
Rasa diri seorang 'rude'
Rasa diri keseorangan,
Selalu tengok pornografi
Ini sinopsis soalan awak.
Wallahi, saya menangis baca soalan awak.
Demi Allah, Allah sayang awak. Percayalah.
And that one part make me smile alone: "(i do love Allah
& prophet)". Moga Allah kurnia awak Syurga yang tertinggi. Amin!
---
Soalan pertama, tak pernah solat?
---
Berjuta muslim tak solat dalam dunia ini. Tahu?
Tetapi dalam jutaan itu, awak antara sedar yang awak tak solat.
Awak sedar awak tak solat, dan awak rasa menyesal. Tahniah!
Bukan berhenti setakat itu sahaja, awak ada rasa ingin berubah menjadi seorang
yang tidak tinggalkan solat lagi. Alhamdulillah.
Buktinya? Awak tanya saya soalan ini kepada saya. Bermaksud awak
dah bosan hidup berjahiliah dan awak nak hijrah.
Awak nak tahu, Allah letak satu invitation untuk awak.
Invitation untuk awak agar awak kembali kepada Dia. Istilah lebih tepat untuk
invitation itu ialah: *hidayah.*
Benar, Allah telah kurniakan jemputan hidayah kepada awak untuk
memasuki jannah-Nya...
Balaslah invitation Allah itu, pergilah tunaikan solat.
Saya tak minta awak buat solat sunat taubat 100 rakaat, dan saya
tak expect awak solat 5 waktu sehari semalam, jadi imam, solat paling awal
waktu, jemaah di masjid dll. Biarlah sedikit demi sedikit.
Mungkin boleh mula dengan solat zohor dahulu? Lama-lama awak
akan rasa seronok solat, bukannya sebagai satu beban. Lepas itu inshaAllah awak
akan ada rasa nak buat semua solat bahkan ketagih hingga tahap nak buat banyak
solat sunat. InshaAllah, amin!
Susah nak solat?
Sebab syaitan dah doktrin awak supaya malas solat. padahal, solat sebenarnya
menenangkan jiwa kita dan membuatkan jantung hati kita rasa gembira dan
bahagia.
Bagaimana caranya?
Rapat dengan manusia yang dirikan solat.
Jadikan mereka sahabat.
InshaaAllah everything akan settle. Kerana bila kita tiada
suasana biah solehah untuk solat, kita akan sukar untuk hidupkan rasa ingin
solat dalam diri kita.
Contoh mudah, kita nak study hard untuk final exam, tapi kita
lepak dengan orang yang play hard untuk dapat piala liga eropah dalam game
FIFA16. Bagaimana nak dapat semangat belajar kan?
Makanya, rapatlah dengan orang yang cinta solat... InshaAllah,
kita pun akan mencintai solat dan akan rasa bersalah untuk abaikan solat.
Tadi awak ada kata ini kan?
"i do love Allah & prophet"
Awak kata awak cinta Allah dan Rasul kan?
Ketahuilah, manifestasi cinta kita kepada Allah azza wa jalla
ialah solat. Bukti kita cinta Rasul ialah dengan tunaikan solat cara Nabi yang
sebetulnya. Ini cara mencintai mereka.
Jom kita cinta Allah dengan sebenar-benar cinta!
---
Soalan kedua, selalu jatuh Cinta?
Relax lah, jatuh Cinta itu membuktikan awak masih ada Cinta.
Normal dan fitrah sebagai seorang manusia untuk ada cinta. Cuma masalah awak
sekarang ialah fitrah awak itu menjadikan awak selalu jatuh cinta dengan
manusia.
Adakah jatuh cinta itu satu masalah?
Tidak ada masalah.
Adakah SELALU jatuh cinta itu satu masalah?
Iya. Kerana segala apa yang jatuh akan membuatkan mangsa yang
jatuh itu sakit. Bila jatuh cinta, cinta itu jadi mangsa jatuh. Jadi apabila
selalu jatuh, maka akan tenatlah keadaan cinta kita.
Persoalannya, kenapa selalu jatuh cinta?
Mudah je konsepnya. Kerana anda telah jatuh cinta kepada seorang
manusia, lalu anda luahkannya // couple // crush dll, tetapi si manusia itu
tidak menghrgai anda. lalu bila anda jatuhkan kepadanya cinta anda, dia tidak
sambut lalu akhirnya ia jatuh terhempas kesakitan begitu sahaja.
Konklusi mudah ialah, janganlah jatuh cinta utama kita kepada
manusia.
Kerana manusia tiada jaminan langsung boleh menjaga cinta kita
dengan sebaik-baik jagaan. Yang boleh bagi guarantee penjagaan terbaik hanyalah
Sang Pencipta Cinta. Hanya Dia sahaja!
Sekarang ni, jatuhkan Cinta awak dan lekatkan Cinta itu
selamanya kepada Allah sahaja.
Sehinggakan, bila awak sudah ada suami dan anak-anak kelak, awak
sayang mereka hanya kerana Allah semata-mata. Ini baru definisi romantik
sebenar!
Romantik. Romantik hingga Syurga.
Bagaimana nak jatuhkan Cinta kepada Allah? tunaikanlah solat.
Mula dating dengan Allah. Bila? Paling mudah, ambik tikar sejadah, duduk
atasnya dan berzikir dan bertasbih cinta, lalu bangunlah lakukan solat fardhu
atau sunat. Kalau nak lagi feel dan jika awak rasa awak mampu, maka lakukanlah
qiamullail (Bangun malam untuk ibadat)
Serius sis, kena cuba letak cinta pada Allah lebih tinggi dari
segala. Saat itu kita akan rasa manis yang teramat manis; manis daripada segala
cinta yang pernah kita rasa daripada manusia. himpunkanlah semua cinta daripada
manusia yang ada di dunia ini, sudah pasti gagal menandingi cinta Allah azza wa
jalla!
Jadi awak kena buat satu perkara, berhentilah hidup untuk
mencari cinta manusia. Hiduplah untuk Allah, carilah cinta Allah dan tanpa
sebarang keraguan Allah akan balas cinta kita tanpa lewat sesaat.
Inilah keagungan cinta Allah kepada awak.
---
Soalan ketiga, awak rindu bekas pakwe.
i will always miss you |
---
Alolo. Relax laa ukhti kesayangan Rasul...
Rasul rindu awak tau. Nabi Muhammad declare yang dia rindu awak.
Sebelum Nabi meninggalkan kita, Nabi kata macam itu.
Pernah suatu ketika, Nabi Muhammad berkata satu kata cinta dan
rindu di hapadan para sahabat baginda.
"Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku."
Para sahabat respon;
"Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?"
Baginda menjawab;
"Bukan, malah kamu adalah sahabatku...
Maka siapakah ikhwan yang dirindukan oleh Ar-Rasul itu?
Baginda menyambung;
"Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka
tidak pernah melihatku."
Rasululah rindu awak. Rasulullah sayang awak sebelum awak
dilahirkan oleh ibu awak. Rasulullah cinta awak sebelum awak mula cinta baginda
lagi.
Jadi kenapa kita sanggup abaikan rindu, cinta dan sayang daripada
Rasulullah itu?
Pakwe awak itu tak rindukan awak pun, buang masa rindu dia!
Berhenti buat kerja yang sia-sia itu. Apa bukti saya yang dia tak rindu awak?
Kalau betul sayang, dia tidak akan tinggalkan awak, dia akan
tetap sayang awak, dia akan cinta awak sampai bila-bila. Tapi hakikatnya dia
tidak sayangkan awak pun.
Dia persia-siakan awak macam awak ni sampah.
Tetapi..... Bagaimana pula dengan cinta Nabi Muhammad?
Walaupun kita tidak rindu dia sebelum ini, dia sudah mengatakan
yang dia rindu kita seribu tahun yang lalu. Nabi Muhammad nak bantu kita kat
akhirat kelak dengan syafaat-Nya.
Inilah dia keagungan cinta Ar-Rasul.
Maka, rindulah Nabi Muhammad ketat-ketat.
Boleh masuk Syurga bersama Baginda! Ameen...
Ingat, jangan sia-siakan masa hidup di dunia sementara ini
mencintai orang yang tidak menghargai cinta kita. Those people yg suka couple,
crush, bermesra antara ajnabi hanyalah those yang pleasure seeker je.
Tidak perlu nak couple-couple lagi dah. Kalau benar si lelaki
itu cinta awak dan hormati awak sebagai seorang muslimah, dia akan buktikan
cinta dia dengan nikah.
Benar, si lelaki yang benar-benar mencintai diri awak akan usaha
untuk menghalalkan cintanya dengan usaha membawa bahtera hubungan itu kepada
nikah dengan izin-Nya.
So, kembalilah kepada fitrah iaitu cinta Allah dan Rasul.
InshaAllah, bahagia hingga syurga!
---
Soalan keempat, awak seorang anak dan adik/kakak yang 'rude'.
Orang yang rude ni sombong rasa diri bagus tak nak dengar
nasihat orang...
Orang rude ini EGO! Sebab dia rasa dia seorang je betul dan tak
nak dengar nasihat orang lain...
Hey, awak tidak rude. Bila awak tanya saya soalan ini jelaslah
menunjukkan awak nak berubah. Orang yang rude tidak akan minta nasihat, orang
rude juga tidak akan dengar nasihat. So bear in you mind bahawa awak tak rude.
Saya yakin.
Mungkin awak kurang menyalurkan kasih sayang awak dengan cara
yang elok kepada mereka. Mungkin cara awak ada silap sikit je, dan awak kena
baiki yang sikit tu je. ada banyak kemungkinan.
Oleh itu, mulalah beri kasih sayang kepada mereka.
Beri mereka kasih sayang yang paling manis.
Manis biar kasi mereka diabetes. hehe.
Lagi satu, kadang-kadang rude itu datangnya kerana awak tidak
pakai kaca mata kasih sayang. Awak perlulah lihat manusia sekeliling awak
dengan kasih sayang, bukan kebencian.
Kerana apa? Sebab Allah yang ciptakan mereka dan diri awak
dengan kasih sayang. Siapa awak untuk menidakkan 'hak kasih sayang' kepada
keluarga dan rakan awak!?
Jadi, kasihlah diri itu dahulu kemudian kasihilah orang
sekeliling dengan kasih sayang yang pekat.
Nasihat mudah dari saya;
Biarlah kita mulakan dulu berbaik dan mulakan angkat tangan demi
keamaan dalam sesuatu hubungan. Lagi-lagi hubungan kekeluargaan.
Mungkin mereka tunggu awak minta maaf, dan awak sendiri pun nak
mereka dulu minta maaf. Jadi apa salahnya awak jadi hero dengan mulakan
berbaik.
Serius, Allah sangat sayang kepada hamba-Nya yang mulakan
jalinan kasih sayang yang hampir putus atau yang sudah putus. Apa kata awak
mula dulu?
Moga Allah sayang dan redha kepada awak.
---
Soalan kelima, awak keseorangan.
Wallahi demi Allah, awak tidak pernah keseorangan.
Jadilah seperti Siti Hajar yang ditinggalkan Nabi Ibrahim.
Ditinggalkan di tengah padang pasir. Ditinggalkan berdua dengan
anaknya yang baru lahir iaitu Nabi Ismail. Hanya berdua sahaja!
Bayangkan...
1. Duduk berdua dengan anak baru lahir.
2. Di tengah padang pasir
3. Tiada tumbuhan dan binatang
4. Tanpa seorang suami!
Tapi dia relax dan tentang. Dia tak rasa keseorangan dan
kekurangan pun padahal obviously dia memang tiada suami dan tiada perlindungan
langsung. Kerapa apa? Kerana dia yakin, Allah bersamanya.
Nabi Ibrahim pun risau. Siapa yang tidak risaukan anak dan
isteri kan? Sudah la ditinggal di tengah padang pasir yang kering kontang,
namun baginda lakukan juga kerana ianya suruhan Allah. Walau risau, dia tahu
Allah bersama dirinya serta keluarganya yang ditinggalkan itu.
Hasilnya kebahagian hingga Syurga menjadi milik Siti Hajar dan
Nabi Ibrahim.
Kerana apa mereka bahagia?
Sebab mereka yakin Allah bersama mereka.
Awak, bersabarlah dan kembalilah kepada Allah. Yakinlah, akan
datang kebahagiaan yang Allah janjikan untuk mereka yang sabar.
Allah sentiasa bersama awak. yakinlah!
Ingat satu perkara ini, walaupun awak berpaling tadah daripada
mencintai Allah, Allah tetap akan sayang awak. Walaupun awak lupa Allah selama
ini, Allah tetap cinta awak.
Why not kali ini awak balas cinta Allah?
InshaAllah awak akan hilang rasa lonely.
---
Soalan terakhir, selalu tengok perkara lucah.
---
Saya kategorikan ini sebagai ketagih.
Iya, ketagihnya dengan perkara lucah seperti ketagihnya kita
seorang perokok kepada rokok. Walaupun tahu kesannya yang tidak elok, tetap
mahu merokok.
Jadi anda terlalu terikat dan ketagih dengan pornografi.
Tiada apa yang mampu saya nasihatkan kecuali tiga perkara
sahaja:
1. RAPATLAH DENGAN ORANG BAIK.
Ceritakan kepada mereka masalah awak.
Berikan kepercayaan awak kepada mereka.
Mereka akan bimbing awak. Bantuan dan nasihat untuk kamu
berhenti ketagih akan diberi.
Percayalah, kawan saya ada yang berhenti merokok. Tidak merokok
langsung dah, hasil melepak dengan orang baik. Juga kerana join usrah yang
bagus.
Mula dia rasa bersalah, "Takkan la aku nak merokok depan
member aku yang baik ini..."
Lama kelamaan, "Aku dah tak nak merokok sebab Allah Maha
Melihat. Aku nak jadi baik depan Tuhan, bukan depan kawan-kawan..."
Ini antara kekuatan dalam perubahan yang akan kita dapat apabila
bersahabat dengan orang baik.
2. PORNOGRAFI PUNCA HATI MATI.
Mungkin punca awak susah nak berubah tinggalkan jahiliah ialah
kerana hati mati. Apa punca hati rosak? Hati rosak kerana mata yang rosak.
Kerana daripada mata jatuh ke hati, apabila rosak mata maka rosaklah hati.
Jadi, apabila kita bersungguh-sungguh nak berubah, kita akan
sedaya upaya jaga mata.
3. JANGAN PUTUS ASA
Apa-apa pun, sentiasa yakin Allah sentiasa bersama dan Allah
cinta hamba-Nya yang ingin berubah meninggalkan jahiliah.
Sekian.
---
Saya cadangkan ukhti pinjam buku kawan-kawan yang ada buku #henshinnukilan
saya. Sana, saya ceritakan panjang tentang semua masalah ukhti bahkan
masalah-masalah mainstream yg lain juga. Saya guide step by step cara nak
tinggalkan jahiliah. Moga Allah permudah urusan ukhti.
---
Awak, akan tiba satu saat nanti awak akan mati, kemudian
berjumpa ilahi. Maka jadikan hari ini sebagai hujah awak bahawa awak sudah
berubah.
Percayalah, Allah sentiasa bersama awak.
Yakinlah, Allah sayang dan cinta awak.
Kerana awak orang yang bertaubat.
Syurga; Moga ketemu Ilahi dan Nabi Muhammad di sana yaa!
Seorang Hamba,
Aiman Banna.
Pengasas AQADA.
_____
p/s:
Kongsikan ya? Kadang-kadang kita tidak tahu siapa antara kawan dan keluarga
kita yang ada masalah. Kerana mereka sering diamkan jahilia dan berlakon
sebagai satu watak yang tiada masalah. Mungkin kerana mereka mereka segan kot.
Sebarkan kepada sahabat dan keluarga andai anda rasa artikel ini
bermanfaat.
8 Comments
Perkongsian yang penuh bermakna.. terima kasih :')
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteJawapan yang matang. Allah sayang!
Deep rasanya!
ReplyDeleteNice sharing... Sy bookmark siap2 utk sampaikan tazkirah rutin mingguan di sekolah nnt...
ReplyDeleteMacam biasa Aiman Banna writings is easy to digest and just straight to the point (sentapp).
ReplyDelete// afifahaddnan
proud of you! about my age, but already so wise. :)keep motivating people!
ReplyDeleteSiqah suka tulisan Aiman Banna. Baca Coklat Tarbiah dan Coklat Tarbiah 2 je. Baru nak follow dia kat Twitter lah ni. Baru tahu dia ada Twitter. Hee.
ReplyDeleteMenarik perkongsian dia dan cara dia menjawab soalan pun bagus. #deep
Perkongsian yang memberi manfaat. Terima kasih.
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p