curi curi minum air paip dalam bilik air - sayidahnapisahdotcom curi curi minum air paip dalam bilik air
LightBlog

curi curi minum air paip dalam bilik air

Antara kenangan yang ter'indah' semasa puasa waktu kecil-kecil dulu...

Petang-petang lepas Asar, as usual pergi keluar bermain dengan jiran-jiran. Walaupun time tu puasa (acah puasa), tapi rutin harian setiap petang keluar main tetap diteruskan.

Main kejar kejar, main baling selipar, main tingting, main lompat tali, main sorok-sorok, main kat taman permainan berdekatan rumah dan kadang kadang bergosip juga. Ehh? Jangan main-main. Kecil kecil pun pandai dah membawang hahaha.

Pukul 6 petang WAJIB balik rumah dah. Kalau lambat sikit, mula lah umi panggil "KAKCIK BALIKKKK!". Kalau umi yang panggil, dua tiga kali baru lah sedar diri nak balik. Tapi kalau abi yang panggil balik, sekali pun dah cukup. Dengar suara pun dah meremang bulu roma. Takut. Terus taat haha.

Balik rumah tu.. lepas dah syok main dengan kawan-kawan, mesti lah penat kan. Mulut kering. Dahaga. Haus yang teramat bangattt. Dah balik tu juga, umi suruh pergi mandi. Hmmm apalagii.....
curi curi minum air paip dalam tandas
curi curi minum air paip dalam tandas | image Google
Kalau dah tak tahan sangat haus gilosss.. saya pun 'ter'minum air paip ketika mandi. Bila air lalu kat muka, 'TER' lalu dalam mulut sekali. Lega rasa. Hilang dahaga. Terus segar. HAHAHAHAHA.

Tapi tu dulu laaa. Waktu kecil kecil. Time sekolah rendah. Belum baligh lagi. Belum 'matang'. Belum faham erti amanah dan tanggungjawab. Tibee haha.

Ada yang pelik tak "kenapa tak buka puasa je? kan masih kecil lagi".

Ohh. ermm umi abi saya memang menitikberatkan ibadah solat, puasa dan menutup aurat sejak kecil lagi. Dah train awal-awal. Nak bantang kang, takut kena 'bantai' je haha. So, saya dan adik beradik ikut jelah.

Tu lah cerita 'nakal' zaman kecil kecil dulu. Puasa tapi time petang je tak tahan. Lagi lagi kalau lepas main kejar-kejar haha.


Post a Comment

9 Comments

  1. Kak PC suka duduk depan kipas sambil buka mulut acah-acah kurang oksigen gitu..hehehehe..sambil letak tuala kecik basah atas kepala..tuala tu tak payah perah biar airnya menitis....doa kot-kot menitis kat bibir..mana tau rezeki..sekali rezeki kena cubit yang dapat.

    ReplyDelete
  2. hahahahaha~ akak pun banyak kali jek minum air kat bilik air.. tak pernah kantoi..

    ReplyDelete
  3. Hahahaaaha... Samalah kita, kak Fiza pun sama... Selalu sangat TER minum masa kecik² dulu 😂😂😂

    ReplyDelete
  4. hahaha sambil mandi bawah shower sambil minum okayyy xD

    ReplyDelete
  5. puasa kecik2 dulu memang melepek habis..tengok anak2 sendiri puasa,..segar aje.

    ReplyDelete
  6. boleh geng dengan kak ana. curi2 minum air masa kecik2 dulu. hehe

    ReplyDelete
  7. biasalah kecik2 kan.. kelakar bila fikir balik.. kita dulu pun ada pernah menangis semata mata nak dunkin donut hahahahah tak tahan puasa masa kecik dulu

    ReplyDelete
  8. ada..k.fiezz..main tetap main w/pun di bulan posa..dh balik ke rumah, penat + dahaga benor..curi-curi minum air dlm peti ais..hehe

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p