"Dalam bulan puasa ni, jangan sangka gangguan jin tak berlaku"

by - June 03, 2017
Bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan umat Islam berpuasa, bulan di mana kita rasa 'secure' dan 'lega' kerana syaitan syaitan semua telah diikat kan haha.. tapiiii jangan sangka gangguan jin tak berlaku! Sebenarnya saya pun baru tahu tentang perkara "dalam bulan puasa ni,jangan sangka gangguan jin tak berlaku" & dapat ilmu tentang cara mudah bagaimana untuk kita buat amalan pendinding diri. Apakah dia?

Jom baca status dari seorang perawat Islam (ruqyah), Abdullah Idris ( +AbdullahIdris82 ) yang saya jumpa di Google+ berkaitan perkara tersebut:

Dalam bulan puasa ni, jangan sangka gangguan jin tak berlaku.


Saya masih rawat pesakit dalam bulan Ramadhan dan ternyata dikalangan mereka memang mengalami gangguan jin.

Jadi, takkan nak biarkan gangguan jin mengganggu fokus kita nak perbanyakkan ibadah dalam bulan Ramadhan ni betul tak.

Jadi, saya nak kongsikan dengan rakan-rakan cara mudah untuk kita buat amalan pendinding diri

Iaitu dengan mengamalkan Al-Mu'awwizatain. Ianya adalah surah Al-Falaq dan surah An-Nas.

Dan tahukah kita bahawa kedua-dua sebab diturunkan kedua-dua surah ini adalah untuk menyembuhkan Nabi yang disihir oleh Labid Al-A'sam.

Jadi bagaimana cara amalkan kedua-dua surah ini sebagai ikhtiar pendinding untuk diri kita?

Caranya ialah:

1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari.

Mudahkan?

Tetapi fadhilatnya besar. Tambahan dalam bulan Ramadhan ni lagilah Allah gandakan pahala bagi yang beramal dengannya.

Jadi jom sama-sama kita beramal, InshaaAllah.

"Dalam bulan puasa ni, jangan sangka gangguan jin tak berlaku"
"Dalam bulan puasa ni, jangan sangka gangguan jin tak berlaku"

Haaa semoga kita dapat ambil manfaat dari status Ustaz Idris tersebut. InshaaAllah.
daaa~! Wassalam :)

Baca juga:

You May Also Like

5 comments

  1. Hi Sayidah Napisah. The Amerzing Bloglist result has been announced! http://ameridzuan.blogspot.my/2017/06/congratulations-amerzing-bloglist.html

    ReplyDelete
  2. Penah ni berlaku masa sy duduk di hostel dulu. Time puasa juga.

    ReplyDelete
  3. Sis pun baru tahu Sayidah..
    Terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini..
    In shaa Allah sis akan amalkan..

    ReplyDelete
  4. Nice post...

    http://tarotthefool.blogspot.my/2017/06/tulip-festival-in-everland-amusement.html

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p