Total Blog Pageviews

walau orang kata Matrikulasi susah, tetap nak sambung belajar situ juga!

by - May 11, 2019
Memandangkan baru-baru ni ada orang tanya tentang prosedur, bab sains komputer, kehidupan dan pelajaran di matrik.. so saya pun throwback ke masa dulu. Saat di mana orang lain sibuk mengatakan belajar di matrikulasi susah dan tak galakkan saya untuk further study di matrik. Saat di mana mereka tak yakin saya boleh atau tidak survive di dalam Matrik bila saya bercadang nak mohon matrik. "Matrikulasi susah" - mereka kata.

Saya pun hmmm.. yeke?

Yeke belajar di matrikulasi susah?


Kata-kata mereka tidaklah affect saya sangat sebenarnya sehinggakan saya over confused nak decide. Because saya bukanlah jenis yang senang dipengaruhi dengancakap-cakap sekeliling. Saya jenis yang I know what I want, I know what I'm doing. Kinda 'tegas pendirian'. But takdelah sampai tak dengar langsung pendapat orang haha. Saya still take consideration on what people said.

And yes.. most of them bagi pendapat yang matrik susah.. Most of them kurang bersetuju untuk saya apply matrik. Tapi Alhamdulillah.. my family is not like that. Yeah umi abi jenis tak kisah saya nak ambil apa asalkan saya yakin saya boleh buat. Abang pertama saya (abangder) yang pernah belajar di Matrik Penang pula of course gave his opinion bahawa matrik okay je, matrik senang je.

Saya tengok abangder boleh je survive kat matrik, why not me? Kalau dia boleh, saya pun boleh. Hahaha kan? Saya jenis yang macam tu. Kalau orang lain boleh buat, kenapa tidak kau? Kalau orang lain boleh berjaya, kau pun mesti boleh punya lah!

Amboi emo nampak hahaha.

Saya tak terpengaruh dengan abangder cakap.. just dorongan dari abangder tu membuatkan saya lebih yakin dan percaya dengan keputusan saya.

So FINALLY saya pun buat final decision. Saya mohon matrik. Saya apply juga matrikulasi walau ketika itu (tahun 2011) ramai orang masih 'takut' untuk masuk matrik because of tahap kesusahannya yang tinggi dan sangat challenging. Tapi usaha tangga kejayaan, right?

Alhamdulillah, saya dapat KMS (Kolej Matrik Selangor) di Banting. Yang saya tahu, matrik Selangor ketika itu baru dibina. Baru 1 tahun! Really really really new. Bangunan, dewan kuliah, masjid, kemudahan yang pelbagai, facilities yang selesa.. ALL new. Semua 'bau kedai'. haha.

And that means saya termasuk antara golongan pelajar batch KMS terawal kat situ. Diberi gelaran batch ANGAH. Batch kedua (batch 2011/ 2012). Batch pertama (ALONG) adalah senior atas saya yang menjadi fasilitator minggu orientasi saya.

Jika di universiti ada course/bidang/fakulti tertentu.. di matrik pula, ada modul.

TIGA modul total:

Modul 1 - Biologi, Fizik, Kimia, Matematik
Modul 2 - Fizik, Kimia, Matematik, Sains Komputer (Science Computer)
Modul 3 - Biologi, Kimia, Matematik, Sains Komputer

Disebabkan subjek Biologi saya semasa sekolah menengah tak pernah dapat A, so saya dapat modul 2. Alhamdulillah. Tak perlu hadap Bio, hafal fakta buku tebal tebal. Bukan tak minat, tapi saya otak suka kira kira haha.
walau orang kata Matrikulasi susah, tetap nak sambung belajar situ juga!
My classmates at Kolej Matrikulasi Selangor (KMS). (saya yang depannnn sekali tu hahahaha. candid sangat kan)
Nak tahu ada apa kat matrik?
Belajar apa kat sana?
Susah ke tidak?
Best ke tidak?
Macam mana life?
Ada pengalaman kena buli ke tidak?
Kawan kawan sana okay ke tidak?

Boleh baca di entri ini: Study di Matrikulasi.. senang ke susah?

So.. 'pengajaran' yang saya nak beritahu adalah.. jangan dengar cakap orang. Percaya dengan kata hati sendiri.

I mean, bukan lah tak payah dengar langsung nasihat orang lain. Cuma kalau kita yakin kita boleh buat dan kita suka benda tu... just go for it. Kekadang yang cakap lebih lebih tu pun tak pernah rasa. Hanya dengar khabar angin.

So.. believe in yourself and work for it! Gitchuww.

Sekian nasihat dari senior matrik hahhaa. Okay moga bermanfaat. Dan share dengan kawan kawan okay?

Daa~ wassalam! :)


YOU MAY INTERESTED ALSO TO READ THIS:

apa yang perlu bawa ke asrama? (persediaan ke alam kolej/ matrikulasi/ universiti)

bersedia physically & mentally! (persediaan ke alam kolej/ matrikulasi/ universiti)

You May Also Like

8 comments

  1. Selamat melapor diri kepada pelajar2 matrik baru.

    ReplyDelete
  2. nothing comes easy and it took a lot of hard work for sure. ray singgah click ads kt sini hehe.

    ReplyDelete
  3. Sama je mana-mana pun...semua susah. Tapi kalau masuk matriks boleh aim course yang nak dan boleh fokus balik.

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dengan Sayidah. Hanya kita yang tahu kemampuan sebenar diri kita. Tak salah untuk dengar pendapat orang lain tapi tak semestinya kita kena ikut pendapat mereka dalam membuat keputusan.

    ReplyDelete
  5. Sama je sebenarnye, apa yang penting kemahuan. Kalau kita dah minat sesuatu tu, in shaa Allah rasanya kita tak kan lari dari track matlamat.

    ReplyDelete
  6. betul. jangan dengar cakap orang. kita kena berani mencuba sesuatu yang baru. hehe

    ReplyDelete
  7. Dulu sy sambung Form 6, pastu ramai yg kata Form 6 susah, nasib sy jenis tak dgar apa org kata sgat haha~ Makin org kata mcm2, makin perasaan mau masuk form 6. Alhamdulilah sy dah habis form 6, sy dah graduate as degree. Skrg masi mencari kerja. Doakan semoga dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p