PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA (berkuatkuasa mulai 1 September 2016) - sayidahnapisahdotcom PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA (berkuatkuasa mulai 1 September 2016)
LightBlog

PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA (berkuatkuasa mulai 1 September 2016)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera uols! Okay sebelum sebelum ni saya ada tulis satu entri tentang Syarat Tuntutan Elaun Latihan Amali JPA. And then haritu, baru saya tahu borang permohonan tuntutan elaun latihan amali JPA sudah ada yang baru. Saya tengok di Facebook Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM. Mereka update tentang garis panduan tuntutan elaun latihan amali dan tesis yang the latest (boleh tengok di SINI). Syarat dan borang baru tersebut berkuatkuasa mulai 1 September 2016. Maksudnya, pada sesiapa yang sudah hantar menggunakan borang lama sebelum 1 September 2016 inshaaAllah masih akan diproses. Cuma bagi yang belum dan baru nak memohon, haruslah menggunakan borang baru. Sebarang tuntutan bagi elaun tersebut yang masih menggunakan borang lama tidak akan diproses.

TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA

PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
Tuntutan Elaun Latihan Amali JPA
Syarat-syarat

  • tuntutan dibayar berdasarkan hari (tidak termasuk hari cuti awam/umum/hujung minggu)
  • jarak antara IPT / rumah kediaman dengan tempat latihan melebihi 25km (mana yang terdekat)
  • tempoh latihan tidak melebihi 3 bulan (tidak termasuk hari cuti awam/umum/hujung minggu)
  • latihan diwajibkan bagi tujuan menamatkan kursus pengajian
*Kalau praktikal 6 bulan tak boleh minta la ye? : Berdasarkan syarat, memang tak boleh. Tapi minta jela kot-kot lepas. Haha



Nota Penting!

1. Pelajar Tajaan Dalam Negara  

-pelajar yang menjalani latihan amali di Jabatan/Agensi KERAJAAN atau di syarikat/agensi SWASTA TIDAK LAYAK membuat tuntutan Elaun Latihan Amali SEKIRANYA jabatan/agensi/syarikat TELAH MENYEDIAKAN Elaun Latihan Amali/Praktikal
(macam saya lah. saya praktikal di Bank Rakyat dan Bank Rakyat dah beri elaun RM500/sebulan pada saya. So, saya tak layak nak mohon elaun latihan amali JPA sobsobss)

2. Pelajar Tajaan Luar Negara

-pelajar yang diberikan kelulusan untuk menjalani latihan amali di Malaysia TIDAK LAYAK menuntut elaun latihan amali dan tiket kapal terbang
-pelajar luar Negara yang diberikan kelulusan untuk menjalani latihan amali di Malaysia, Elaun Sara Hidup dibayar atas kadar luar negara untuk tempoh maksimum 3 bulan sepanjang berada di Malaysia dan selepas tempoh itu, pelajar hanya layak dibayar atas kadar tempatan. 
(okay saya tak faham langsung apa yang JPA ni maksudkan hahahaha boleh abaikan jika anda bukan pelajar tajaan luar Negara)

Borang Tuntutan dan Dokumen Sokongan

1. Borang Tuntutan (Lampiran A) 
PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
Borang Permohonan Tuntutan Elaun Latihan Amali JPA
  • Kat mana nak dapatkan borang tuntutan ni? : Anda boleh ambil di BHEP universiti masing-masing atau muat turun di website esilav JPA atau boleh muat turun gambar di atas ni je kot kihkih.
  • Borang baru ni tak perlu cop dekan & majikan (SV).
  • Alamat Bank nak letak alamat mula-mula buka akaun ke? : Saya tak tahu jawapannya. Ada je orang letak hanya "Bank Islam" di ruangan tersebut. Tapi kalau lah saya kan (kalau ye kalau), saya letak je alamat bank yang saya buka akaun atau alamat bank yang berhampiran dengan rumah saya. 
  • Jenis tuntutan : elaun amali atau tesis.
  • Kalau tak ada bil/invois/resit? : Kalau tak ada, tak payah la kot sertakan.
  • Jumlah tuntutan nak letak berapa? : RM10/sehari. So total hari bekerja tu darabkan dengan RM10, then jumlahkan.
  • Bila nak hantar borang? : Hantar borang sebulan selepas tamat praktikal.

2. Dokumen sokongan
  • surat Universiti : Permohonan Mendapat Tempat Latihan Amali
  • surat Pengesahan Majikan 

Contoh dokumen bagi Tuntuntan Elaun Latihan Amali JPA (credit to JPA)

1. Surat pengesahan Universiti

PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
[Contoh Surat Pengesahan Universiti]
2. Surat pengesahan Majikan

PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
[Contoh Surat Pengesahan Majikan]
*Ini hanyalah contoh surat sahaja. Kalau nak buat ayat lain pun boleh tapi pastikan info-info/maklumat penting ada dalam surat tersebut.

**Letterhead tu nak yang original atau boleh bagi yang copy? : Ada sorang hamba Allah ni kata kalau dia (time dia mohon tu), dia simpan yang original dan dia bagi yang copy (bercolour). Kalau lah saya kan, saya beri je kot yang original letterhead punya haha.

***Selain borang dan dokumen di atas, nak sertakan sekali salinan punch card atau bukti kehadiran ke seperti tuntutan elaun LI sebelum-sebelum ni? : Wallahualam saya pun tak tahu haha. Kalau nak confirmation, sila call pihak JPA



Borang & 2 surat di atas hantar ke alamat JPA:

JABATAN PERKIHDMATAN AWAM, MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN,
ARAS 5, BLOK C1, KOMPLEKS C,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62510 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA,
MALAYSIA

No telefon JPA (Unit Pembangunan Latihan Sebelum Perkhidmatan) : 03-88853347 
Emel: isham.sharuddin@jpa.gov.my

Jadual Tuntutan Pelbagai Tahun 2016

PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
[Jadual Tuntutan Pelbagai - Tahun 2016]



*Ini jadual untuk Tahun 2016. Mungkin 2017 nanti JPA akan keluar jadual yang lain punya

PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA (berkuatkuasa mulai 1 September 2016)
tuntutan elaun latihan amali/praktikal JPA
That's all! Selepas ni saya akan update entri tentang Permohonan Tuntutan Elaun Tesis JPA yang baru pula ye. Stay tuned~ Adios!

Baca juga:


p/s: Biobax Cool Theraphy adalah fast relief spray yang diperbuat daripada 100% bahan organik. Hanya spray dan sapu sahaja. Berkesan melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut, sakit pinggul, kebas-kebas, kejang, lenguh-lenguh, sakit segugut, selsema, terseliuh, resdung, tergeliat urat. RM80 termasuk postage. Testimoni berkesan boleh tengok (klik) di SINISesiapa yang nak beli Biobax atau nak jadi dropship/agen/mini stokis Biobax, boleh whatsapp saya 0172008642 (Sayidah)

PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
Duta Biobax - IRENE NADIA

Post a Comment

18 Comments

  1. ikut ini ke atau yang lama? Tadi saya jumpa di website JPA masih guna form lama.

    http://docs.jpa.gov.my/docs/borang/pelajar/amali1K.pdf

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna yang ni. guna yang terbaru ni.jangan ambil yang dekat website JPA yang form lama.

      Delete
  2. guna ini ke atau? Tadi saya baru jumpa di website JPA:

    http://docs.jpa.gov.my/docs/borang/pelajar/amali1K.pdf

    ReplyDelete
  3. Hai boleh membuat tuntutan lagi ke masa ni? Sebab jadual tuntutan 2017 xkeluar lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum boleh. kena tunggu jadual tuntutan 2017 keluar dulu.

      Delete
  4. salam..selalunya berapa lama tuntutan elaun latihan amali dikreditkan? sb sya dah hantar borang2 tuntutan sy nov 2016 aritu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. saya tak pasti la pula berapa lama secara tepat. mungkin boleh call JPA untuk confirmation :)

      Delete
  5. kalau tuntutan thesis mcm mana? still sama ke borangnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeap sama je. guna borang yang sama. cuma kat jenis tuntutan tu tulis thesis.

      Delete
  6. Salam. Dah keluar ke jadual untuk tahun 2017

    ReplyDelete
  7. salam. nak bertanya kalau untuk "cop diakui sah" tu perlu dapatkan cop dari siapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. boleh rujuk entri terbaru tentang permohonan Elaun LI & Tesis di sini: http://www.sayidahnapisah.com/2017/08/tuntutan-elaun-latihan-amali-li-elaun-tesis-jpa.html

      Delete
  8. Still dpt lagi ke 4k tu time intern? Ke dah kena cut?

    ReplyDelete
  9. Hye, blh x nk thu mcm mna nk buat surat utk mnta sokongan drpd dekan msa nk tntt elaun tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye. yg terbaru boleh tengok di sini: http://www.sayidahnapisah.com/2017/08/tuntutan-elaun-latihan-amali-li-elaun-tesis-jpa.html

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p