#Cabaran20Hari AMALAN BERBALAS JUADAH DI BULAN PUASA #throwback - sayidahnapisahdotcom #Cabaran20Hari AMALAN BERBALAS JUADAH DI BULAN PUASA #throwback
LightBlog

#Cabaran20Hari AMALAN BERBALAS JUADAH DI BULAN PUASA #throwback

#Cabaran20Hari AMALAN BERBALAS JUADAH DI BULAN PUASA


Jeng jengggg~ No. 8 #Cabaran20Hari harini! Apa dia no.8? Amalan berbalas juadah di bulan puasa. Haaa ni confirm semuaaa pernah buat kan. Bagi makanan kat jiran sikit. Kongsi-kongsi makanan sikit dengan kawan kan.. Haa kalau ada, apa lagi? Jom kongsikan~!


#Cabaran20Hari AMALAN BERBALAS JUADAH DI BULAN PUASA



Umi : Kakcikkkk~ Bagi bubur ni kat makcik B. Bubur ni kat makcik Ma. Bubur ni kat pakcik Rosli. Bubur ni kat makcik Normah. Bubur ni kat makcik Ina. Bubur ni pulak kat indon sebelah.

Beratur laa bekas bubur atas meja makanan. Terhidang sedia untuk saya beri kan kepada jiran-jiran.

Umi : Haaa lagi satu!

Ohh tak habis lagi pesanan umi ni rupanya.

Umi : Jangan lupa minta bekas balik. Tunggu kat luar bila dia salin bekas ye. Jangan minta apa-apa pulak!

Dalam hati dah terfikir. Kan best kalau dorang balas balik bekas tu dengan makanan jugak. Kenyang perutt hahaha. Nampak tak betapa budak-budak nya pemikiran masa tu :p

Lepastu, gigih la ketuk pintu jiran satu-satu. Kalau jiran yang di-target tu tak bukak pintu, ganti lah dengan jiran yang lain. Ketuk pintu sampai 3,4 kali. Ala-ala ketuk-ketuk ramadhan gituu kan #lawakhambar. 

Tok tok.
"Assalamualaikum cik Ma.. assalamualaikum cik Maaaaaa~~". Cik Ma tak bukak-bukak, kang aku runtuhkan pintu cik Ma ni kang. Hahaha. Dah lamaaa baru lah bukak. Rupanya tengah memasak kat dapur, tu tak dengar sangat bunyi ketuk. Okay takpe cik Ma, dimaafkan hehe.

Tu lah #throwback amalan berbalas juadah di bulan puasa zaman saya kecik-kecik dulu. Takde lah setiap hari nak bertukar juadah dengan jiran. Ada kala nye jiran yang hantar juadah. Lepastu kita pun balas. Dan begitu lah seterusnyaaa.

Best memang best! Hubungan kejiranan pun semakin erat lantas suasana kediaman blok pun semakin harmoni dan diberkati-Nya inshaaAllah.

Akhir sekali ingatlah bahawasanya betapa hebat ganjaran yang dijanjikan Allah kepada sesiapa yang memberi makan kepada ornag yang berpuasa..

Rasulullah S.A.W. bersabda, 

"Sesiapa yang memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun"

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)


fadhilat memberi makan orang berpuasa
credit : google



Entri #Cabaran20Hari sebelum ini:


1) apa erti puasa pada anda


2) pengalaman sahur yang tidak mencabar


3) resepi sahur paling ringkas -lempeng


Post a Comment

21 Comments

  1. Seronok macam ni kan..saling merasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau semua jiran balas, mcm2 boleh makan dlm satu hari...yummyyyy

      Delete
  2. mak cik pisah aka KC,..... bekas2 tu da dikurip balik smuanya blom?ahha

    ReplyDelete
  3. bila ingat2kan balik, nakal gila harapkan orang balas dengan makanan bila kita minta bekas balik..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la dayah..masa kanak-kanak kita ingat seronok jer..belum matang...

      Delete
  4. amalan bertukar-tukar juadah berbuka merupakan amalan yang sangat mulia. Ia menggalakkan kita bersedekah. rugi la sesiapa tak ambik peluang bulan ramadhan ni untuk bersedekah banyak-banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya amalam mulia yg harus dijadikan amalan bukan hanya di bulan ramadhan sahaja..

      Delete
  5. memang best teringat zaman kanak2. sekarang, duduk kat tingkat atas macam sarang burung, kiri india, kanan china, depan student neg..... adoiii

    ReplyDelete
  6. kan seronok pisah... KG dulu pun mak pesan macam tu..bekas jangan lupa minta balik...tupperware tu mahal...

    ReplyDelete
  7. ornag??typo dikenalpasti.. hohoho

    ReplyDelete
  8. kiranya kc tak tukar lah..kc tukang hantar je..hmm

    ReplyDelete
  9. buat ngn jiran sebelah rumah yo...spesis pemalu n tak reti masak. hikhik

    ReplyDelete
  10. selamat jugak juadah tu sampai di rumah jiran.. igt habis ditgh jalan muahahahahaha

    ReplyDelete
  11. ingat mcm tu jugak.. kalau tak habis.. tinggal separuh

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p