http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Lirik Biar oleh Fynn Jamal menitiskan air mata ku

By 2:00:00 PM , ,

Fynn Jamal - Biar [UnOfficial Video] PADIPIXEL STUDIO

Fynn-Jamal-Biar
credit : beautifulnara.com



                


  • Lirik Biar oleh Fynn Jamal

    Mata tua yang memandang aku itu
    Bundar. Pudar
    Dia tak mau bilang apa yang
    Mencengkam jiwa usangnya
    “Biar”. Katanya “biar”
    Wahai ayahanda berhentilah walau sebentar
    Dan renungkan mataku yang melaut
    Khabarkan yang jujur dan ujar apa menyerabut

    Wahai ayahanda bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
    Akukan lemahmu
    Perikan penatmu
    Kisahkan jerihmu
    Aku mau tau
    Mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu
    Harum. Senyum
    Dipukaukan aku nan terus terpana dan terdiamkan
    “Biar”. Katanya “biar”
    Wahai ayahanda bisikkanlah walau sekali;
    Izinkan aku menumpangkan bahu
    Berikan aku seperca dari beban kamu
    Wahai ayahanda lihatkanlah aku berlari kini
    Melompat tinggi
    Setiapnya kerna kau tak pernah pergi
    Apa masih ingat lagi aku suka lari-lari?
    Kau bagaikan tak peduli ku biar kau patah hati
    Apa masih tidak lupa tengking jerit sama-sama?
    Makan tak mahu semeja, sahabat lebih berharga
    Apa mampu kau sudikan ampun maafku sujudkan?
    Bisa tidak kau teruskan ku sesat kau tunjuk jalan?
    Apa layak aku bagi?
    Tak terbalas sampai mati
    Kau sungguh yang paling tinggi
    Istanamu syurga nanti
    Ayahanda beta
    Kekasih beta

    Read more: http://liriklagu.chikicicok.com/indie/lirik-biar-fynn-jamal/#ixzz3jJEX9yQy


  • Fynn-Jamal-Biar
    credit : beautifulnara.com

  • Lirik Biar oleh Fynn Jamal menitiskan air mata ku

  • Lirik yang sangat mantap dan sangat mendalam maksudnya. Diiringi dengan melodi yang cukup menyentuh hati. Ditemani pula dengan suara Fynn Jamal yang cukup sayu. Menyebabkan air mata ku menitis dan hati terasa sangat rindu pada abi ku walaupun tinggal serumah. Menyedari betapa besarnya jasa dan pengorbanan insan yang bernama ayah. Moga Allah merahmati semua insan bernama ayah di dunia dan akhirat. Aminn.


  • You Might Also Like

    5 comments

    1. al fatihah buat arwah ayah yg telah kembali,..mmg sayu je dgr

      ReplyDelete
    2. amin..adoiii cm xnk klik jer video klip tu...nnti meleleh air mata..

      ReplyDelete
    3. Tacingnyer dengar ....sedih kak lya dgr huhu

      ReplyDelete
    4. salam perkenalan sayidah..syahdu sungguh lagu ni..terbayang2 mata bundar ayah saya..semoga ayah2 kita semua sentiasa peroleh rahmat dan kasih sayang Allah....

      ReplyDelete

    Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

    DISCLAIMER

    [PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

    [PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

    Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

    Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.