TOTAL PAGEVIEWS BLOG

ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI - LAKSA UTARA, PENANG, JOHOR, SARAWAK, etc.

by - December 13, 2018
ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Fuhhhh laksaaa sehhh! Siapa minat laksa kat sinii? Haaa ni nak share aneka 11 resepi laksa dari pelbagai negeri dan pelbagai jenis seperti laksa utara, laksa penang, laksa kedah, laksa johor, laksa sarawak dan laksa luar negara pun ado ha! Singapore dan Siam Thai kapkunkapp.

Saya minat laksa tapi lebih minat kuah laksa dari laksa hahaha. Seriuss ni. Saya pernah ambil kuah laksa tanpa laksa tau. Pelik tak pelik kan.


ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI - LAKSA UTARA, PENANG, JOHOR, SARAWAK, etc.

Credit: Idea Masakan

1. RESEPI LAKSA UTARA YANG SEDAP DAN MUDAH!
ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI
ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI
Laksa utara ni pernah menang "makanan terbaik" di luar negara dulu, memang tak dapat dinafikan, satu Malaysia suka makan. Ni admin share dengan korang, cuba la! share cepat!

Bahan-bahannya:

(Untuk kuah)

5-7 ekor ikan kembong (saya biasa guna ikan kembung, ikan lain pun boleh macam sardin dan sebagainya) saiz ikut besar ikan. Kalau kecil tambah jadi 10 ekor. Sebolehnya mesti ikan segar.
5-10 biji cili kering (ikut tahap kepedasan yang digemari)
1 biji bawang besar saiz sederhana hingga besar.
5 ulas bawang merah.
1-2 cm belacan.
5-6 keping asam gelugur (asam keping).
Daun kesum / bunga kantan.
Garam / Serbuk perasa (jika suka)
Air kosong ikut kesesuaian.

(Bahan Laksa dan tabur)

1-2 bungkus laksa (dicelur sehingga lembut)
Daun selom / daun putat / pucuk gajus / ulam raja.
Bawang besar.
Limau nipis.
Telur rebus.
Cili padi.
Semua bahan-bahan ni di potong halus dan mengikut kesukaan anda. Kalau di Kedah, selalunya laksa tak di makan dengan daun salad. Lain rasanya.

Cara Membuat Kuah Laksa:

1. Rebus ikan, masukkan 2 keping asam jawa dan sedikit garam dalam air rebusan. Setelah masak, asing isi ikan dengan tulang-tulangnya dalam bekas yang berlainan. Air rebusan jangan dibuang, boleh digunakan untuk membuat kuah. Biasanya saya gunakan periuk yang sama untuk merebus ikan dan membuat kuah.

2. Masukkan isi ikan ke dalam blender dan kisar seketika dengan sedikit air. Jangan terlampau halus isi ikan itu. Biarkan isinya agak kasar. Tuangkan isi ikan yang telah dikisar ke dalam periuk yang ada lebihan air kukusan tadi.

3. Mesin pula tulang dan kepala ikan bersama air sehingga halus. Kemudian tapis airnya dan masukkan dalam periuk tadi. Ulang tapis sehingga 2 hingga 3 kali.

4. Cili kering tadi direbus dan dikisar bersama-sama bawang besar, bawang merah dan belacan sehingga halus. Kemudian masukkan kedalam periuk kuah tadi.

5. Dalam masa yang sama, masakkan kuah tadi dengan api sederhana.

6. Masukkan daun kesum, bunga kantan yang telah di potong, garam dan serbuk perasa serta asam keping.

7. Masaklah sehingga mendidih dan rasakan kuah anda biar secukup rasa. Jika terlampau pekat, sila tambahkan air mengikut kesukaan anda.

8. Biarkan mendidih atas dapur buat buat seketika.

9. Sedia untuk dihidang bersama-sama laksa dan bahan-bahan tabur tadi. Juga sedap ditambah otak udang.

Selamat mencuba dan jumpa lagi.

*Tips dari admin, nak sedap lagi kuahnya, simpan satu malam.

2, LAKSA PENANG
ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI
ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI
Bahan-bahan Untuk Stock Ikan

- 10 ekor ikan kembung ~ boleh juga menggunakan ikan mata besar atau ikan sardin
- 5 keping asam keping
- Air secukupnya untuk merebus ikan
- Ikan di siang, buang perut dan insang kemudian cuci bersih.
- Untuk menghilangkan hanyir ikan, sebaiknya gaulkan ikan dengan garam dan perahkan sedikit limau nipis, perap sebentar. Kemudian di cuci bersih.
- Selain ikan kembung anda boleh juga menggunakan ikan mata besar, ikan sardin, ikan tenggiri atau ikan tongkol

1. Ikan yang kita dah siang tadi, kita masukkan ke dalam periuk.
2. Tambahkan air secukupnya untuk merebus ikan.
3. Masukkan juga asam keping
4. Kemudian rebus ikan hingga empuk. Bila dah empuk tunggu air rebusan sejuk, barulah keluarkan ikan dari periuk. Keluarkan juga asam keping.
5. Asam keping ni kita dah tak gunakan lagi, bolehlah di buang.
6. Asingkan isi ikan dari tulang dan kepala.
7. Isi ikan pula kita bahagi 2.
8. 1 bahagian kita ramas-ramas kasar dan satu bahagian lagi kita kisar bersama air rebusan ikan.
9. Tulang pula kita masukkan dalam pengisar, masukkan juga air rebusan ikan dan kisar halus.
10. Boleh ulang kisar 2 kali untuk mendapatkan patinya.
11. Lepas kisar, kita tapis.
12. Masukkan semula air rebusan ikan, air tulang ikan dan juga air isi ikan yang kita dah kisar ke dalam periuk.

Bahan untuk pes

20 tangkai cili kering ~ jika tak suka pedas boleh kurangkan.
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 keping belacan yang telah di bakar ~ belacan ni anggaran besar duit 50 sen

Semua bahan ini, disatukan di dalam pengisar dan kisar halus

Bahan Untuk Kuah Laksa

Air rebusan ikan
Air tulang ikan
Air isi ikan
Isi ikan yang di ramas kasar
Pes cili, bawang merah, bawang putih dan belacan yang telah di kisar
2 batang serai ~ di titik (maaf tak ada di dalam gambar terlupa letak)
2 kuntum bunga kantan ~ di belah 2
7 keping asam keping
1 inc lengkuas ~ di hiris
1 mangkuk daun kesum
1 sudu besar pes udang atau petis
1 batang empulur nenas (isi nenas ni kita simpan untuk di racik halus)

Bahan dah pun siap!
Sekarang masanya untuk kita mulakan memasak.
Perasakan garam gula dan asamnya secukup rasa.
Laksa ni kena ada rasa masam, masin dan manis, jika kurang rasanya boleh lah tambah kan asam, garam atau gula mengikut selera masing-masing.

3. LAKSA SIAM
ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI
ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI
Bahan kuah

Isi ikan sardin (1kg)
3bji bawang Holland*
4ulas bawang putih*
Halia*
Serai*
Lengkuas*
Kunyit hidup*
Asam keping
cili API*
1 sudu kecil serbuk ketumbar*
Daun limau perut
Santan
Air rebusan ikan

Kisar semua bahan yang bertanda*

Cara Masak Macam Masak lemak ye...

Bahan hiasan

Timun
Tauge
Serbuk cili Siam
Kacang pnjang
Limau nipis
Pudina
Daun selasih

Selamat mencuba!

Kredit Resepi: kayroll rizz

4. RESEPI LAKSAM KELANTAN
ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI
ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI
Bahan-Bahan:

Laksam –

2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil tepung ubi
secubit garam
4 cawan air suam

Kuah –

1/2 kg ikan selayang/ sardin/ kembung
Sedikit halia
5 biji bawang merah
Sedikit serbuk lada hitam
3 cawan santan (dari 1 biji kelapa)
Sedikit asam keping
Sedikit gula

Cara Membuat:

Laksam –

1. Campur semua bahan dan gaul sebati. Perap dalam setengah jam.
2. Sementara tu sediakan periuk kukusan atas api.
3. Guna pinggan makan/ dulang untuk ganti loyang (ada loyang lagi baik)
4. Letak pinggan tu dalam periuk kukusan. Tuang 2 senduk dan ratakan sampai nipis. Kukus sampai keras.
5. keluarkan dan tunggu suam terus gulung. Gunting sederhana tebal.

Kuah –

1. Rebus ikan dengan air dalam periuk. Paras air sama dengan paras atas ikan.
2. Masukkan satu asam keping dan sedikit garam.
3. Bila ikan sudah masak, keluarkan. Air rebusan jangan dibuang. Buang tulang ikan.
4. Kisar isi ikan dengan halia, bawang merah dan air rebusan. Masakkan bahan kisaran dalam periuk.
5. Tambahkan serbuk lada hitam, garam, satu lagi asam keping dan sedikit gula.
6. Masukkan santan. Masak hingga kuah agak pekat. Tutup api.

Ulam –

1. Kacang panjang, kobis, daun kesum, bunga kantan, daun ketumbar – semua hiris halus dan campurkan bersama.
2. Taugeh – direndam dalam air panas sebentar
3. Timun – buang kulit, buang tengah dan hiris panjang

Sambal –

1. Rebus semua cili selama 5 minit.
2. Buang air rebusan dan tumbuk semua cili dengan sedikit garam.
3. Tambahkan belacan dan sedikit air perahan limau nipis.
4. Hidangkan laksam bersama kuah dan ulam-ulaman.

5. LAKSA SINGAPURA
by: Pn Asmah Laili rese
ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI
ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI
2 kg mi laksa - dicelur dan toskan
3 tangkai daun kesum - dicuci bersih dan dirampai
3 tangkai daun selasih - dicuci bersih dan dirampai
300 gm taugeh - boleh celur atau dimakan mentah
3 biji timun - di hiris halus lidi mancis

Bahan Kuah
1 ekor ikan parang - boleh juga ganti dgn ikan tenggiri
20 tangkai cili kering - direndam dan dikisar
6 batang serai - dikisar
2 cm lengkuas - dikisar
10 ulas bawang putih - dikisar (ita kurangkan)
4 biji bawang besar - dikisar (ita guna bawang merah)
1/2 biji kelapa parut - dijadikan kerisik
2 biji kelapa parut putih - ambil santannyer
1.25 liter air
8 sudu makan rempah kari ikan
150 gm asam jawa - ramas bersama air dan tapis ambil airnya sahaja
250 gm ikan kering kurau - diambil isinyer dan direndam hingga lembut
125 ml minyal masak - utk menumis
sedikit garam dan gula.
sedikit belacan - ita tambah
1 kiub ikan bilis - ita tambah

Bahan sambal belacan
30 biji cili merah
10 biji cili padi
1 sudu makan penuh belacan bakar
1 biji limau kasturi
Semua bahan diatas ditumbuk atau dikisar kemudian letakkan jus limau kasturi dan secubit garam.

Cara memasak:

1. Untuk membuat kuahnya, buang kulit ikan parang, dipotong empat dan dibersihkan. kukus ikan bersama serai.
2. Setelah sejuk, buang tulang dan ambil isinyer. Kisarkan isi ikan bersama kerisik kelapa dan ketepikan.
3. Gaulkan rempah kari ikan bersama bahan kisar dan tumis hingga garing dan naik aromanya.
4. Kemudian masukkan kerisik dan ikan yang telah dikisar. gaul higga sebati dan tutup periuk sebentar.
5. Setelah itu barulah masukkan air dan biarkan mendidih.
6. Apabila mendidih masukkan santan dan kacau lagi hingga rata. biarkan mendidih sekali lagi.
7. Setelah mendidih masukkan air asam, diikuti dengan ikan kurau dan biarkan hingga kuahnyer naik minyak.
8. Perlahan-lahan dengn menggunakan senduk, keluarkan minyak yang terdapat di permukaan kuah dan buang.
9. Apabila masak, angkat dan hidangkan bersama mi laksa, sambal belacan dan juga bahan hiris yang lain.

6. ASAM LAKSA
Sumber : Kegemaran Malaysia
ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI
ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI
1 bungkus laksa - direbus - ita beli yg dah siap punyer...
1 kg ikan kembung atau ikan selayang - disiang dan dicuci bersih - ita guna ikan kembung
1 liter air
5 biji cili merah - dibuang biji dan dikisar - ita lebihkan cili
5 biji cili padi - dikisar - ita tambah
2 cm belacan - dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
5 keping asam gelugur - ita lebihkan sebab suka masam2
1 tangkai daun kesum - ita letak lebih sikit sebab suka bau dia...
2 kiub ikan bilis - ita tambah
garam secukup rasa

"DO IT YOURSELF"

Rebus ikan dan ambil isinyer sahaja. Isi ikan tadi dihancurkan kasar kasar sahaja. (ita ambil tulang ikan tu bersama air rebusan ikan tadi dan kisar halus kemudian ita tapis ambil airnyer sahaja. Air tu ita gunakan untuk dikisar bersama dengan bahan-bahan kisar....)

Masukkan air rebusan ikan dan isi ikan kedalam periuk. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar, asam gelugur dan daun kesum. Masak atau rebus bahan ini hingga kuah mendidih. Masukkan kiub ikan bilis dan garam secukup rasa. Biar sehingga kuah merenih dan boleh lah dihidangkan bersama bahan-bahan ulam- ulaman.

7. LAKSA JOHOR
ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI
ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI
Bahan-bahan:
● Spagetti 1 paket (direbus)
● 1 kilo ikan kembung / parang - direbus (ambil isi)
● 1 1/2 paket kecil serbuk kari ikan(dicampurkan dengan sedikit santan cair)

Bahan-bahan yang perlu dikisar halus
● 15 ulas bawang merah
● 5 ulas bawah putih
● 3 inci lengkuas

Bahan-bahan yang perlu dikisar (A)
● 3 batang serai
● 300 gm udang kering

Bahan yang perlu dibakar dan dikisar (B)
● 150 gm ikan kurau kering

Bahan (C)
● Kerisik
● Santan kelapa
● Garam dan serbuk perasa

Cara menyediakan:
1. Tumis bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari.
2. Tumis hingga garing Masukkan bahan kisar B dan C Masuk isi ikan, gaul sebati dan masukkan santan Bila kuah dah mendidih, masukkan kan kerisik.
3. Biar kuah masak lama sikit agar rasanya sebati.
4. Untuk pengetahuan, kalau kuah disimpan semalaman, rasanya lagi sedap

Untuk Ulam:
1. Taugeh
2. Daun kesom & daun selasih
3. Lobak asin
4. Sambal belacan
5. Timun dipotong ikut keliling dan dipotong halus
(bukan seperti buat laksa asam)
6. Limau kasturi
HALAL TO share yer

8. Resepi Laksa Kuala Perlis
ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI
ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI
Bahan-Bahan:

1 kg laksa beras – di rebus dan toskan (Boleh guna laksa kering)
1 kg ikan kembung – di bersihkan
1/2 kg ikan selayang – di bersihkan
2 batang bunga kantan – di hiris
5 tangkai daun kesum
3-5 keping asam gelugur
3 liter air
Garam secukup rasa

Bahan Kisar –

250gm bawang besar
150gm cili kering – kurangkan jika tak tahan pedas
25gm belacan

Bahan Hiasan –

8 biji telur – di rebus dan dibelah dua
20gm cili padi – di potong
5 tangkai daun selom – di hiris
1 biji timun – di hiris halus

Cara Memasak:

1. Rebus ikan kembung dan selayang. Asingkan bahagian isi dan tulang ikan.

2. Isi ikan dikisar dan dimasukkan kedalam periuk yang berisi air. Kemudian kisar tulang ikan sehingga hancur, tapis dan masukkan ke dalam periuk yang sama.

3. Masukkan bahan kisar ke dalam rebusan ikan tadi.

4. Masukkan asam keping, bunga kantan, daun kesum dan perasakan. Biarkan mendidih dan angkat.

5. Masukkan laksa ke dalam mangkuk bersama bahan-bahan hiasan.

9. LAKSA LEMAK KEDAH
ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI - LAKSA UTARA, PENANG, JOHOR, SARAWAK, etc.
ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI - LAKSA UTARA, PENANG, JOHOR, SARAWAK, etc.
Resepi:

1 paket laksa direbus hingga lembut (saya guna Laksa Bihun Mak Siti yang kecil tu)

Bahan-bahan sampingan:
Timun- di hiris nipis
Pucuk gajus
Taugeh
Telur rebus
Limau kasturi
Cili padi

Bahan-bahan untuk kuah:
1 kilo ikan selayang/sardin- direbus, diambil isinya sahaja dan dikisar sedikit
2 cawan santan
3 cawan air rebusan ikan
2-3 sudu besar serbuk kari ikan
1 batang bunga kantan
2 sudu besar serbuk kari- bancuh dengan sedikit air
2 tangkai daun kesum
3 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
3 ulas bawang merah- dimayang
1 ulas bawang putih
Daun kari
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga layu.
2. Masukkan pes serbuk kari .. tumis hingga pecah minyak.. api jangan kuat tau...
3. Masukkan isi ikan, air rebusan dan santan.
4. Masukkan asam gelugor, daun kesom dan bunga kantan..
5. Masak kuah hingga mendidih. Tambah air jika kuah terlalu pekat.
6. Perasakan dengan garam dan gula...rasa dan jika ok boleh tutup api..dan sedia dihidangkan

10. Resepi Laksa Sarawak
ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI - LAKSA UTARA, PENANG, JOHOR, SARAWAK, etc.
ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI
Bahan-Bahan:

Pes Laksa Sarawak – (200 gm)

8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10-12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
1 sk (sudu kecil) ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 biji buah keras*
2-3 batang serai*
1 inci belacan bakar*
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis

Laksa Sarawak – (6 Orang Makan)

200 g pes atau perencah laksa
Isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
1/2 kilo udang basah
1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
2 batang serai (diketuk)
200-250 ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Taugeh (dicelur)
Sedikit daun ketumbar (diracik)
Limau kasturi secukupnya (dibelah dua)

Sambal Udang Kering –

6 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
Sedikit belacan bakar (dikisar)
Segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula

Cara Membuat:

Pes Laksa –

1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda (*).

2.Bahan-bahan seperti jintan manis/ putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda (*).

3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan.

4. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.

5. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.

Laksa Sarawak –

1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu).

2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.

3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.

Sambal Udang Kering –

1. Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak.

2. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

11. Laksa Mee Pangkor
Resepi oleh: Junainie Omar
ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI
ANEKA 11 RESEPI LAKSA PELBAGAI NEGERI
Ni resipi nya...

Kuah laksa mee:
Ikan/ketam/udang
Asam keping
Garam
(rebus semuanya kemudian letak garam sikit)

Sayur kacang:
Kacang panjang (dihiris nipis)
Lobak masin (dihiris nipis)
Bawang putih+bawang besar (dihiris nipis)
Udang/isi ikan/isi ketam (dipotong ikut kehendak)
Kicap manis
Garam

Cara masak:
Tumis bawang putih + bawang besar
Masukkn lobak masin
Kemudian masukkan udang/ isi ikan/ isi ketam
Seterusnya masukkan kacang panjang
Letak sikit kicap
Tutup api letak sikit garam

Sambal:
Cili kering
Bawang bsr
Bawang putih (dihiris nipis)
Air asam jawa
Cuka
Cili api

Cara masak:
Cili kering direbus kemudian dikisar bersama bawang besar dan cili api
Letakkan dalam mangkuk
Masukkn sedikit air asam jawa dan cuka
Kemudian goreng bwang putih yang dihiris dan tabur bersama mnyak yang digoreng atas cili kering tadi...
(tumis darat namanya )

Mee:
Laksa mee di rebus

(sebenanrnya laksa mee ni hanya ada dijual di area manjung/ pantai remis/ lumut/ pangkor Perak... tapi kalau cikgu-cikgu ke pasaraya... boleh beli mee teow... lebih kurang je mee nya sebab laksa mee ni makanan orang cina pangkor)

Selamat mencuba semua!

p/s: Laksa mee ni banyak cara memasaknya.. Ni cara arwah makngah saya orang sana.

Moga bermanfaat. Selamat memasak laksa slurppp!

Daa~ wassalam! :)



You May Also Like

5 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p