RESEPI BADAK BERENDAM MUDAH DAN SEDAP - sayidahnapisahdotcom RESEPI BADAK BERENDAM MUDAH DAN SEDAP
LightBlog

RESEPI BADAK BERENDAM MUDAH DAN SEDAP

Yeayy semalam tolong umi buat kuih Melayu badak berendam yang super delicious! Kuih ni memang asyik viral je. Famous sangat kat bazar Ramadhan dan tak kurang juga, menimbulkan kontroversi yang panasssss. Sebab apa? Sebab nama kuih ni badak berendam tapi bila dicari badak di dalam kuih ni, enggak ada pun. Ramai yang duk tanya "mana badaknya?" =.= HAHAHAHA sangat tau ! haha. Okay lah apa apa pun, meh saya kongsi resepi badak berendam mudah dan sedap yang saya korek dari umi saya sendiri. Memang susah nak korek resepi badak berendam ni dari umi sebab umi kata umi buat biasanya tak ada sukatan pun. Main campak-campak je haahha. Itu lah seorang mak kan. Bila dah power memasak, campak-campak pun sedap dan menjadi. So, kalau ada sukatan kat bawah ni yang tak jelas, maafkan saya ye hehehe.

RESEPI BADAK BERENDAM MUDAH DAN SEDAP

RESEPI BADAK BERENDAM MUDAH DAN SEDAP
resepi badak berendam mudah dan sedap
Bahan-bahannya :

Tepung pulut
Garam
Tepung gandum
Kelapa santan
Gula kabung/gula melaka

Cara membuatnya :

1. Untuk buat doh tepung, masukkan air ke dalam tepung pulut (1/2 paket tepung pulut) secukupnya. 

**ikut nak banyak mana tepung pulut ikut kemahuan anda. Airnya pula kena sebati dengan tepung pulut untuk jadikan doh tepung yang cantik

2. Untuk inti badak berendam pula, potong kecil-kecil gula melaka/gula kabung.

**gula kabung lagi lembut dan sedap dari gula melaka. Gula kabung seperti gambar di bawah ni. Kebiasaannya, umi saya beli gula kabung di Pahang. Kat sana mudah didapati dan murah berbanding tempat lain. Sebab memang gula kabung famous di Pahang. Gula kabung ni diperbuat dari air nira pokok kabung. Umi kata gula kabung ada rasa dia tersendiri berbanding gula melaka. Tapi, kalau tak ada gula kabung, boleh je guna gula melaka. 

RESEPI BADAK BERENDAM MUDAH DAN SEDAP
gula kabung
credit foto to : lipislady.blogspot.my
3. Lepastu, buat bulat-bulat kecil/besar dari doh tepung tu. Then, masukkan gula labung/gula melaka ke dalam bulat-bulat tu. 

**konsep buat dia sama macam buat kuih melaka dan kuih cek mek molek. Sama jugak macam buat kuih gulung, lain dia kalau kuih gulung dia bergulung. Kalau kuih badak berendam ni, dia bulat-bulat.

RESEPI BADAK BERENDAM MUDAH DAN SEDAP
resepi badak berendam

RESEPI BADAK BERENDAM MUDAH DAN SEDAP
resepi badak berendam

4. Bulat-bulat doh tepung yang sudah siap dimasukkan gula kabung/gula melaka, boleh lah masukkan ke dalam loyang.

**ratakan sedikit minyak ke dalam loyang sebelum bulat bulat itu dimasukkan, untuk memudahkan proses pengukusan.

5. Selepas itu, masukkan air adunan yang sudah ditapis (air adunan : santan 1 bungkus kecil *santan RM3* + garam sedikit + 1 sudu tepung gandum) ke dalam loyang tersebut.

RESEPI BADAK BERENDAM MUDAH DAN SEDAP
resepi badak berendam

6. Masukkan loyang tersbut ke dalam periuk kukus.

RESEPI BADAK BERENDAM MUDAH DAN SEDAP
resepi badak berendam

7. Tunggu selama 15 minit untuk masak badak berendam sepenuhnya.

Siap!

Sedap ke tak sedap badak berendam ni? Of course lah sedap! Hahaha. Lagi-lagi kalau umi saya yang buat. Memang tangan pembuat kuih tradisional melayu yang sodap sodap. 

Abangder saya kalau balik ke rumah seremban ni, mesti request kat umi kuih badak berendam. Bahan-bahan semua abangder sponsor. Umi tinggal buat je. Sebab umi buat memang terbaekkk. Semalam kakngah balik rumah, kakngah pulak mengidam nak makan kuih badak berendam. Saya pun tolong la apa yang patut. Senang je buat badak berendam ni, cuma tak reti nak buat doh tepung dengan cantik dan kenyal nya seperti umi buat hehe. Den kena belajar lebih lagi ni dari umi kalau nak power.

Selamat mencuba! :)

Cuba juga resepi (klik tajuk entri untuk baca) :

3. Resepi Aiskrim Choki Choki

p/s: Biobax Cool Theraphy adalah fast relief spray yang diperbuat daripada 100% bahan organik. Hanya spray dan sapu sahaja. Berkesan melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut, sakit pinggul, kebas-kebas, kejang, lenguh-lenguh, sakit segugut, selsema, terseliuh, resdung, tergeliat urat. RM80 termasuk postage untuk 1 botol. RM150 untuk 2 botol. Testimoni berkesan boleh tengok (klik) di SINI

Sesiapa yang nak beli Biobax atau nak jadi dropship/agen/mini stokis Biobax, boleh whatsapp saya 0172008642 (Sayidah)

resepi badak berendam
BIOBAX COOL THERAPHY
SPRAY DAN SAPU!

Post a Comment

11 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p