Resepi Agar-Agar Buah Tembikai Special Menawan Hatimu - sayidahnapisahdotcom Resepi Agar-Agar Buah Tembikai Special Menawan Hatimu
LightBlog

Resepi Agar-Agar Buah Tembikai Special Menawan Hatimu

Resepi Agar-Agar Buah Tembikai | Alkisah... malam semalam sebelum tidur, skrol sekejap timeline Twitter and I found this! Resepi agar-agar buah tembikai by Farihan. Daripada nama makanan tersebut, mungkin kita fikir alaa macam biasa lah agar-agar masuk dalam loyang then sejukkan dalam peti ais bagai. Tapi tak! Ni lain daripada yang lain yang saya pernah tengok. Special sikit. Bukan tergolong dalam agar-agar yang cliche  lah senang cerita haha. Ehh ingat drama je ke yang cliche?

Okay lah.. Nak tahu apa yang unik dan istimewanya menu dessert tersebut? Jom kita ushar resepi nya!


Resepi Agar-Agar Buah Tembikai Special


1. Potong dadu buah-buahan berikut :
✔ Buah Naga
✔ Buah Kiwi
✔ Buah Nenas
✔ Buah Betik
✔ Buah Tembikai 
✔ Buah Anggur 
✔ Buah apa-apalah yang anda suka

2. Masukkan kesemuanya dalam buah tembikai yang dikeluarkan isinya.

3. Panaskan agar-agar seadanya.

4. Tuang agar-agar ke dalam tembikai tadi.
Resepi Agar-Agar Buah Tembikai Special
Resepi Agar-Agar Buah Tembikai Special
5. Biarkan sejuk. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Done! Beberapa jam kemudian sedia untuk dihidang!
Resepi Agar-Agar Buah Tembikai Special
Agar-Agar Buah Tembikai Special siap untuk dipotong
Resepi Agar-Agar Buah Tembikai Special
Hasil Resepi Agar-Agar Buah Tembikai Special yang awesome!
Tapi jangan lah hidang waktu tengah tengah puasa kan. Dan jangan kejam sangat pergi hidang kat depan anak-anak/budak-budak yang sedang berpuasa. Meleleh air liur mereka kang haha.

Hidang pada waktu berbuka la paling best! Mesti sedap kan kalau makan sejuk sejuk ni. Ditambah pula dengan kemanisan buah-buahan di dalam agar agar tu perghhh~!

Aduiii terliur pula den tengok time tengahari ni hahha. Ini resepi dari Cik Farihan ye. Bukan dari saya. Saya tak buat lagi sebab baru jumpa semalam resipi ni. Dalam hati macam teringin nak buat. Maybe nanti lah time berkumpul ramai ramai dengan adik beradik. Baru syok!

Okay selamat mencuba juadah dessert yang awesome ini!

Daa~ wassalam!

BACA JUGA:




Post a Comment

4 Comments

  1. Salam ramadhan dari sayidah, lama dah tak singgah blog walking. Bulan puasa ni masanya singkat.

    Wah menariknya agak agar macam ni. Mesti sedap

    ReplyDelete
  2. Selamat petang sis, Mama singgah ke sini petang ni. Rajin masak bulan puasa ni.

    Makan sejuk sejuk mesti sedap sangat ni.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, Salam Jumaat & selamat pagi dari Ibu. Nak buatlah minggu ni

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p