#Cabaran20Hari Memori Raya 90an atau zaman kanak-kanak INDAH SANGAT - sayidahnapisahdotcom #Cabaran20Hari Memori Raya 90an atau zaman kanak-kanak INDAH SANGAT
LightBlog

#Cabaran20Hari Memori Raya 90an atau zaman kanak-kanak INDAH SANGAT

#Cabaran20Hari Memori Raya 90an atau zaman kanak-kanak 

Dah masukk hari ke-14 untuk #Cabaran20Hari ni! :D


#Cabaran20Hari Memori Raya 90an atau zaman kanak-kanak
credit : krole-zone.blogspot.com




Bila mengimbau kenangan raya semasa zaman kanak-kanak, malu pun ada. Maluu wehh sebab perangai tak malu! Hahaha. Sebab sanggup ketuk rumah jiran satu-satu. Walaupun perut dah kenyang, ku gagahkan jua bersama kanak-kanak jiran yang lain. Demi mengutip duit raya sesampul hahaha.

Kekadang tu, dah kenyang sangatttt tapi tuan rumah punya lah baik hidang pelbagai aneka makanan segala bagai. Adoiii nak pecah perut dah sumbat segala makanan ni. Di penghujungnyaa nasib baik happy ending.


"Kejapppp makcik masuk bilik. Nak pergi ambil duit jap"

Kami tersenyum gembira. Ngehngehhh.



"Maaf le takde sampul nak masukkan duit. Bagi duit macam tu jelah ye"

Eh takpe makcik pakcikk. Sampul tak penting, duit raya tu yang penting kuikuiikui.



"Alaa bagi 50 sen je boleh ke? Ada ni je hehe"

Eh takpe makcikkk. 50 sen berharga tuu. Lepas nak beli kuih kat kantin sekolah time rehat.



"Beratur beratur. Salam duluuu. Baru ambik duit raya ni ha."

Haihh jangan kan beratur. Merangkak pun kami sanggup makcik hahhaa.



"Eh kenapa makan sikit je tu? Makan la kuih-kuih tu. Sedap tu. Air sirap tu tambah. Jangan malu-malu"

Ni bukan kira malu pakcik. Ni bukan kira sedap ke tak sedap kuih ni makcik. Kami datang beraya ni hajatnya nak duit raya je. Buat-buat tak faham pula makcik ni haih. Kihkihh





Dannn lepas dah dapat duit raya. Keluar rumah jiran tu je....

"Uitt cepat la bukak sampul tu. Berapa duit raya kita dapat ek?"

"Weh dapat berapa weh duit raya?"

"Alaaa sikit je makcik tu bagi huhu"

"Eh kenapa kau dapat lagi banyak daripada aku? Mana aci"

"Eh lain kali jangan beraya la kat rumah makcik tuu. Sikit je duit raya dia bagi"

"Perghh banyak weh makcik tu bagi. Bestnya! Boleh beli mercun"





Haduii macam-macam lagi lah kannn persoalan,pernyataan dan kutukan membina haha. Tu lah budak-budak namanyaa. Tak tahu erti ziarah-menziarahi. Difikirnya hanya duit raya, duit raya, duit raya.

Itu lah serba sedikit memori raya zaman kanak-kanak. Baru sedikit tu. Ada banyak lagi memori tapi kalau nak cerita sampai esok mungkin ermmm mungkinn boleh habis kot hahah.

Jadi, apakah memori raya anda pula semasa zaman kanak-kanak? Kongsikan :)



#Cabaran20Hari Memori Raya 90an atau zaman kanak-kanak


13) kuih raya paling best - cornflakes madu & cornflakes coklat



Post a Comment

8 Comments

  1. Hehe... Indahnya memori raya kan bila dikenang-kenang.

    ReplyDelete
  2. Nak duit raya KC....

    Jangan lupa baca Entri Bonde yea...

    ReplyDelete
  3. haishh jangankan merangkak.. meniarap mengengsot pun boleh makcik

    ReplyDelete
  4. hahaha. betol ! duit tu lagi penting

    ReplyDelete
  5. dulu rm0.50 tu palaing byk pernah dpt.. tp bdk skrg merungut lagi.. adeh

    ReplyDelete
  6. powerlah pisah +17 Recommend this on Google

    ReplyDelete
  7. suka sangat dapat duit raya. hahah

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p