#Cabaran20Hari KENANGAN TERAWIH MASA ZAMAN KANAK-KANAK
Okayy dah tiba kepada no.9. Kenangan terawih di surau/masjid masa zaman kanak-kanak. Ermmm saya terpaksa gubah tajuk ni sikit so that dapat masuk dengan life ku. Buang perkataan surau/masjid- Kenangan terawih masa zaman kanak-kanak fullstop
Sebab? Abi tak bagi solat terawih kat surau. Sebab takut saya main-main dengan kengkawan,merayap entah ke mana. Hahaha. Itu lah abi. Protective dan sangat tegas.
So, memang dari kecik sampai besar hanya solat terawih berjemaah dengan umi di rumah. Cuma puasa kali ini berbeza sedikit. Solat terawih di surau kerana surau tu dekat sangat. Hanya satu minit berjalan kaki di rumah ehhee.
Tetapi kalau berbicara tentang solat terawih zaman kanak-kanak memang kelakar. Sebabnya ada satu masa tu memang mengantuk sangat sampai tertido. Imam dah bagi salam, saya khusyuk lagi tunduk duduk tahiyat akhir. Khusyuk sangatt. Khusyuk di alam mimpi. adehhh. Teruk teruk haha.
Tu je kenangan terawih ku. Tiada yang menarik, tiada yang kelako, tiada yang mencabar. Hanya biasa-biasa aje.
Sekian, wassalam :)
Entri #Cabaran20Hari sebelum ini:
4 Comments
terawih zaman kanak2 memang seronok..surau tepi rumah je.
ReplyDeleteabi kc gitu, abah kak irra wajibkan kami ikut g masjid..mcm2 alasan nak ngelat tapi xberjaya...hahaa
ReplyDeletekita serupa..kita serupa..hihihihhi
ReplyDeletebuas sangat lettew ... abah pun takut nak bawak
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p