#Cabaran20Hari KENANGAN TERAWIH NGANTUK TAHAP GABAN - sayidahnapisahdotcom #Cabaran20Hari KENANGAN TERAWIH NGANTUK TAHAP GABAN
LightBlog

#Cabaran20Hari KENANGAN TERAWIH NGANTUK TAHAP GABAN

#Cabaran20Hari KENANGAN TERAWIH MASA ZAMAN KANAK-KANAK



niat solat tarawih




Okayy dah tiba kepada no.9. Kenangan terawih di surau/masjid masa zaman kanak-kanak. Ermmm saya terpaksa gubah tajuk ni sikit so that dapat masuk dengan life ku. Buang perkataan surau/masjid- Kenangan terawih masa zaman kanak-kanak fullstop


#Cabaran20Hari KENANGAN TERAWIH MASA ZAMAN KANAK-KANAK


Saya zaman kanak-kanak tak macam kanak-kanak yang lain yang malam-malam pergi menunaikan solat terawih di surau/masjid berdekatan. Saya walaupun, kalau nak ikutkan surau daripada rumah hanya memakan masa 5 minit jalan kaki, hanya mampu solat terawih di rumah bersama-sama umi dan kakak-kakak saya.

Sebab? Abi tak bagi solat terawih kat surau. Sebab takut saya main-main dengan kengkawan,merayap entah ke mana. Hahaha. Itu lah abi. Protective dan sangat tegas.

So, memang dari kecik sampai besar hanya solat terawih berjemaah dengan umi di rumah. Cuma puasa kali ini berbeza sedikit. Solat terawih di surau kerana surau tu dekat sangat. Hanya satu minit berjalan kaki di rumah ehhee.

Tetapi kalau berbicara tentang solat terawih zaman kanak-kanak memang kelakar. Sebabnya ada satu masa tu memang mengantuk sangat sampai tertido. Imam dah bagi salam, saya khusyuk lagi tunduk duduk tahiyat akhir. Khusyuk sangatt. Khusyuk di alam mimpi. adehhh. Teruk teruk haha.

Tu je kenangan  terawih ku. Tiada yang menarik, tiada yang kelako, tiada yang mencabar. Hanya biasa-biasa aje.

Sekian, wassalam :)



Entri #Cabaran20Hari sebelum ini:


1) apa erti puasa pada anda


2) pengalaman sahur yang tidak mencabar


3) resepi sahur paling ringkas -lempeng

Post a Comment

4 Comments

  1. terawih zaman kanak2 memang seronok..surau tepi rumah je.

    ReplyDelete
  2. abi kc gitu, abah kak irra wajibkan kami ikut g masjid..mcm2 alasan nak ngelat tapi xberjaya...hahaa

    ReplyDelete
  3. kita serupa..kita serupa..hihihihhi

    ReplyDelete
  4. buas sangat lettew ... abah pun takut nak bawak

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p