#Cabaran20Hari KUIH RAYA PALING BEST-cornflakes madu&cornflakes coklat! - sayidahnapisahdotcom #Cabaran20Hari KUIH RAYA PALING BEST-cornflakes madu&cornflakes coklat!
LightBlog

#Cabaran20Hari KUIH RAYA PALING BEST-cornflakes madu&cornflakes coklat!

#Cabaran20Hari KUIH RAYA PALING BEST


Haaa cabaran hari ini hari yang ke berapa? Ye. Hari ke-13! Cabaran Kuih Raya Paling Best dalam hidup kita. Hmmm apa ye? Kuih raya manakah yang menjadi pilihan kita kalau kita pergi beraya kat rumah orang tu je, kita mesti usyar dulu kuih tu? Haaa jawab jangan tak jawab! 

#Cabaran20Hari KUIH RAYA PALING BEST-cornflakes madu&cornflakes coklat!



KUIH RAYA PALING BEST-cornflakes madu&coklat!
credit : www.resipimudah.com


KUIH RAYA PALING BEST-cornflakes madu&coklat!
credit : www.thesilverliningssaga.com


Pantang betul kalau ada kuih cornflakes ni. Rasa macam nak terkam satu balang lepastu lahap sensorang kat situ hahaha. Kantoi gelojoh orangnya. hehehe. Tapi serius, dalam banyak-banyak kuih raya, kuih raya cornflakes madu dan cornflakes coklat lah yang paling memikat hati dan selera. Kalau ada kuih ni, kuih raya lain dah tak pandang dah *over*

Sebabnyaaa? Sebabb .. kuih raya cornflakes madu dan cornflakes coklat ni dah la comel je dalam kertas plastik dia tu. Sekali ngap mengambil masa hanya dua saat sahaja. Rangup. Rasa yang mengancam. Terasa ketagih selepas memakannya. Rasa mahu makan lagi dan lagi. Ohh sedapnyaa! *telan air liur* hahaha.

RESEPI CORNFLAKES MADU

Resepi Biskut Cornflakes Madu, resepi kuih raya yang paling mudah, cepat dan sedap. Menggunakan Cornflakes dan madu sebagai bahan asas.


Ditulis oleh : 
Masa:
Penyediaan: 10 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 25 minit
Jumlah Hidangan : 60

Bahan-Bahan:

  • 5 cawan Cornflakes
  • 1/4 cawan madu
  • 1/4 cawan mentega
  • 1 1/2 sudu besar gula kastor
  • ceri atau taburan manik, untuk hiasan
  • paper cup, secukupnya







Cara Penyediaan:

  1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
  2. Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.
  3. Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
  4. Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri atau taburan manik.
  5. Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius.
Garis panduan ukuran cawan dan sudu di iResipi.com

credit : carigold.com


RESEPI CORNFLAKES COKLAT


Ditulis oleh : Hannah Sytieh

KUIH RAYA PALING BEST-cornflakes madu&coklat!

KUIH RAYA PALING BEST-cornflakes madu&coklat!

KUIH RAYA PALING BEST-cornflakes madu&coklat!

Bahan-bahan :


  1. Coklat masakan (aku amik perisa milk )
  2. Mentega or Planta (mane2 pun boleh )
  3. Cornflakes ( aku lebih suka cornflakes Nestle sbb rangup )
  4. Manik  berwarna warni sebagai hiasan ( yg kecik2 bulat2 tu je, jgn beli yg bntuk rice plk, nanti tak cantik )
  5. Paper cup
KUIH RAYA PALING BEST-cornflakes madu&coklat!


Cara-cara:


  1. Susun papercup dalam dulang .
  2. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.
  3. Bila dah cair,tutup api dan angkat letakkan di tempat lain.
  4. Masukkan cornflakes dalam mangkuk ke apa key g senang korunk nak gaul nanti.
  5. Masukkan coklat, gaul rata.
  6. Masukkan cornflakes yang telah digaul tadi ke dalam paper cup.
  7. Tabur manik berwarna warni sebagai hiasan.
  8. Sejukkan dalam peti sejuk.
  9. Siap untuk disusun dalam balang.
KUIH RAYA PALING BEST-cornflakes madu&coklat!


KUIH RAYA PALING BEST-cornflakes madu&coklat!


Tips:


  1. Kalau agak-agak coklat kering,panaskan balik guna kaedah double boiler.tapi tak payah lama-lama.
  2. Taburkan manik masa coklat masih basah..kalau dah kering nanti manik tu tak melekat.
  3. Guna sudu kecik untuk masukkan cornflakes dalam papercup..kalau guna sudu besar,payah sikit. 


KUIH RAYA PALING BEST-cornflakes madu&coklat!




Post a Comment

3 Comments

  1. kalau beli yg koko krunch terus x leh eh?.. heheh..

    kat rumah ni ade sebalang conrhflakes madu.. meh r amik

    ReplyDelete
  2. akak dah buat kue macam ini??
    boleh mintak tak ?
    hehehehe ^^

    ReplyDelete
  3. nampak sedap n mudah pulak ni KC

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p