tips tingkatkan trafik blog #8 (EXTRA) - sayidahnapisahdotcom tips tingkatkan trafik blog #8 (EXTRA)
LightBlog

tips tingkatkan trafik blog #8 (EXTRA)

tips tingkatkan trafik blog #8 | Long time no see this series of 'tips tingkatkan trafik blog'! Dah lama ada dalam draft, just tak complete dari haritu. Rasa bersalah sangat simpan lama lama tapi tu lah.. nak sempurnakan satu entri ni sebenarnya agak susah sikit. Banyak benda nak cerita kahkah. Sehinggakan bila dah complete entri ni, saya rasa total semua lebih kurang 1000 patah perkataan hahaha. Sorry kalau rasa panjang gilos tapi I had tried to make it 'short' and mampat dan sampai maksudnya pada pembaca.. Moga bermanfaat buat semua inshaaAllah.

Tarik nafas duluuuu.. fuhh!

So.. apakah tips kelapan untuk meningkatkan trafik/ pageviews blog/website kita?
tips tingkatkan trafik blog #8
tips tingkatkan trafik blog #8 | image Google


tips tingkatkan trafik blog #8

-> ping atau share entri ke group Facebook (FB) yang mempunyai banyak members. 
Banyak means berjuta atau beratus ribu atau berpuluh ribu ahli.


Biasanya kita fikir "ohhh aku blogger, so aku kena ping kat group FB blogger jelah". Yes, I admit it dulu saya pun HANYA post kat group-group FB blogger. Tapi saya fikir.. dalam group FB blogger tu mostly adalah blogger sendiri. Habistu dah semua blogger ping kat group tu dengan niat ada orang baca tapi hakikatnya most of the blogger HANYA ping entri then terus keluar. So, siapa yang nak baca?

Jangan salah faham ingat saya nak boikot group FB blogger ke apa ye hahaha. Saya bukan nak salahkan atau ketepikan group-group blogger yang ada di FB. NO NO NO.

I just want to give an useful suggestion dan taktik yang lebih efektif inshaaAllah. Ianya adalah hasil dari eksperimen yang saya lakukan sendiri untuk meningkatkan trafik pengunjung ke blog pink saya ini. So, result nya Alhamdulillah ada ketika mantop, ada ketikanya so-so, ada ketikanya krik krikkk juga hahaha. Tapi usaha, rajin & don't give up uols. Tu yang paling penting. (doa, tawakal of course lah kan).

Disebabkan eksperimen saya membuahkan hasil yang positif (ada ketika biasa je), so saya nak share pada semua blogger tentang cara yang saya biasa buat selepas karang entri blog.

My tip is..

-- kalau kita nak ping/share entri yang berunsurkan tema atau genre blog - tips blogging, masalah blogging, ilmu blogging, topik yang ada kaitan dengan blog, entri blog, atau apa-apa sahaja lah yang berkaitan dengan blog.. ping link entri kita tersebut ke FB group blogger.

DAN

-- bila kita nak ping entri yang berunsurkan SELAIN daripada topik blog/blogging.. ping/share lah link entri tersebut ke FB group yang bukan blogger (non-blogger)

Jangan misunderstand yang "ohhh group ni ramai members, mesti bila aku post sini akan ramai yang view atau like atau response". TIDAK SEMESTINYA. Banyak members tak menjamin akan ramai yang klik untuk baca entri kita. Tidak tentu juga. Kekadang group yang tak ada banyak mana pun members, tapi alih-alih aikk group tu yang ada orang like/response. So.. sila lah buat eksperimen sendiri terlebih dahulu ye.

Macam saya.. saya akan uji bila saya ping entri ke group ni, ada like ke tak. Ada orang response ke tak. Ushar macam mana engagement entri tu.

Macam mana nak tarik orang ramai untuk klik entri kita? Macam mana nak pengaruh irang untuk baca entri kita? Antara X-factor nya adalah: tajuk & genre entri.

Kekadang tengok entri kita tu juga. Tajuk menarik perhatian ke tak? Hot ke tak entri yang kita nak ketengahkan tu? Kalau kita rasa agak-agak hmm ramai orang nak baca entri ni sebab tengah hot, silakan.. post je kat semua group FB non bloggers yang banyak members haha.

Kalau 'kena' tajuk/topik entri kita dengan selera orang, jangan terkejut entri kita tersebut boleh capai 1K sekelip mata. Tak percaya?

BUKTI:
1. Entri 'Jadual Pembayaran BR1M' saya haritu tak sampai 24 hours hampir mencecah puluh ribu pageviews/PV.
2. Entri 'Tommy Thomas sebagai Peguam Negara' hampir cecah 10K PV tak sampai 24 hours.
3. Entri 'Hukum Simpan Daging Korban Lebih 3 Hari' cecah lebih 2K PV tak sampai 24 hours.
4. Entri simple yang tajuknya pancing orang nak klik iaitu 'student gurau kasar sampai si cikgu rasa nak resign!' sekejap je dapat 1K views.
5. Entri yang tersangat lah simple tapi tajuk mengundang curiosity orang which is 'Bahaya Daun Pandan!' sangat laku. Tak sampai 24 hours dapat 11K PV.
6. Entri cerita seram pernah dapat hampir 2K views.

Semua di atas ni saya dapat bila saya ping/share entri ke group-group FB non bloggers yang banyak members. Bukan 5, bukan 10 group. Tapi lebih dari itu. Rajin atau tak rajin je sebenarnya.

Tapiiii... warning warning! Nak beri pesanan penaja.. Kena hati-hati juga. Sebab FB sekarang ni, kalau kita ping entri banyak-banyak sekaligus tanpa tokmaninah (berhenti sekejap), dia tak bagi kita ping dah pada waktu yang sama. Kena tunggu masa lain pula or kekadang keesokan hari baru boleh.

Ataupun kalau gelojoh sangat ping tanpa rehat, FB akan beri notification entri kita tu as a spam. Haa jangan panik, klik je noti tu then pilih 'it's not spam'. Tapi bila noti spam tu keluar, tandanya kita perlu lah stop. Takut nanti kalau teruskan juga ping, kita akan dihalang untuk ping entri di mana mana group FB (yang owner nya bukan kita). FB akan beri notification RESTRICTION ON. Ketahuilah bila ada noti tu kita tak boleh share entri di group FB selama 2-3 hari lamanya.

Thats why saya suruh buat eksperimen at first. So that kita tahu ohhh kalau group ni, ramai like. Or kalau group ni, ada juga la orang like walaupun tak ramai tapi okay lah tu. Or ada group yang takde langsung response/like. Haaa mana yang group kurenggg response tu lah yang kita kena abaikan dan nyahhh kau dari hidupku! tetibe emo hahaha.

Ohh ada juga isu group FB yang kena ada ID. Kalau tak ada ID, tak boleh post. Or ada syarat tertentu kalau nak post kat group FB tersebut. Macam mana saya handle group sebegini?

Saya post je wakakakaka. Selagi dia tak remove or block kita, kita manfaatkan peluang yang ada hikhik. Tapi kalau group FB tu dah lah ada syarat kena ada ID kalau nak beriklan/post + pending (kena ada approval dari admin), saya memang malas nak ping entri kat situ. Buang masa. So, just leave the group terus.

Group FB mana-mana pun.. kalau rasa ianya tak beri benefit kat kita atau hanya menyakitkan hati kita, just klik "Leave Group". Mudah dan easy dan senang haha. Toksah pening-pening.

Okay sayidah cukup lah tu membebelnya hahaha.

So, right now saya nak share senarai Group-group FB yang ada beribu-ribu members yang saya follow dan jadi members (with link). Group FB blogger & non-blogger.

Kekadang kalau saya nak cepat atau malas atau nak jimat masa, saya akan ping entri di group yang banyakkkk members + group yang kebiasaannya bila saya ping mesti akan ada like/response. Saya ada juga share group FB yang saya jarang post tapi saya masuk je dalam list kat bawah ni untuk awak awak buat eksperimen sendiri hehe.

GROUP FB NON-BLOGGER
(berserta link)

Group FB 500K members dan ke atas:
Group FB 100K-499K members:
Group FB 50K-99K members:
Group FB 50K members ke bawah:
GROUP FB BLOGGERS

16K-30K members:

5K-15K members:

1K-5K members:

Kurang 1K members:

GROUP FB BERKAITAN DENGAN MAKANAN, RESEPI, MASAKAN

500K members dan ke atas:
101K-500K members:
51K-100K members:

10K-50K members:
10K members dan ke bawah:

GROUP FB YANG BERUNSUR ISLAMIK
tips tingkatkan trafik blog #8
Mungkin laa. mungkin ada segelintir yang fikir "alaaa, kalau tinggi trafik blog pun income Adsense/Nuffnang/Innity sikit pun buat apa?"

So, ni jawapan saya untuk soalan yang sebegitu rupa (kalau ada lah):

1. sebelum kita share entri tu, mungkin lebih baik niat yang elok-elok kot kan. "Aku nak share entri ni sebab entri ni bermanfaat". "moga ramai yang dapat benefit dari entri aku ni." sesungguhnya salah satu amalan yang boleh bantu kita di alam sana adalah ilmu yang bermanfaat.

2. kepuasan bagi seseorang blogger tu lain-lain dan pelbagai kan. bagi saya, kepuasan seseorang blogger bukan hanya terletak pada income semata.

- trafik blog tinggi,
- orang like entri kita di social media,
- orang share entri kita,
- orang komen entri kita,
- orang puji entri kita
- entri kita bagi inspirasi dan semangat pada orang lain
- entri kita membantu orang di luar sana
pun adalah kepuasan bagi saya sebagai seorang blogger.

3. bila trafik sesuatu entri tu tinggi, possibility ranking entri tersebut di enjin carian seperti Google&Yahoo bing pun akan naik.

4. 'value' blog kita akan meningkat. orang luar akan lebih nampak dan pandang.

5. bila orang (a.k.a PR/Client) perasan blog kita, job pun masukkk. mereka yang akan datang offer job kat kita. dan kita pun boleh demand bayaran tinggi based on our blog's pageviews.

Yang penting don't give up! Usaha dan usaha. Rajin dan rajin. Ikhlas kan niat beri manfaat pada orang lain inshaaAllah.

Kalau rasa malas nak karang entri, update blog.. just ping je entri-entri lama. Ping popular posts ke. Rasa-rasa macam entri tu menarik, ping je.

Last but not least..

"Kebanyakan orang mahu elak kegagalan. Mereka percaya kegagalan tanda kekalahan. Pemimpin tahu kegagalan tidak bermaksud akhir. Kegagalan bermakna sudah tiba masanya untuk mencuba sesuatu yang baharu. Apabila gagal, pilih untuk berdiri dengan berani, kesat peluh dan bersihkan dari debu kotor, dan bergerak ke arah matlamat seterusnya. Malah dalam Islam tiada perkataan gagal dalam hidup".
-- Datuk Roslan; Presiden dan Ketua Strategi Paul Penders International Sdn. Bhd.
tips tingkatkan trafik blog #8

Chaiyokk! Saya bukan lah blogger hebat, tapi saya hanya berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada. Moga kita semua maju dalam dunia blogging aamiin :)

Daaa~ wassalam!

BACA JUGA:

tips tingkatkan trafik blog #1
tips tingkatkan trafik blog #2
tips tingkatkan trafik blog #3
tips tingkatkan trafik blog #4
tips tingkatkan trafik blog #5
tips tingkatkan trafik blog #6
tips tingkatkan trafik blog #7

Post a Comment

31 Comments

  1. wah thank you sis sayidah... entry yg beri manfaat kpd sy as a blogger untuk tarik trafik. smoga dilimpahi rezki dan smoga ramai pv dtg ke page sis sayidah.

    ReplyDelete
  2. mak ai banyaknya group! sha paling malas bila nak ping kat fb pastu kena block huhuhu kacau mood sungguh huwaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha dulu pun kena macam tu. tapi sekarang macam okay je hehe

      Delete
  3. nice sharing ;d tq

    ReplyDelete
  4. Tips yg bagus, ada jugak kengkadang buat tapi selalunya lupa... tk ingatkan balik... :)

    ReplyDelete
  5. Nice tips kc.. Tapi sy jarang la ping kat fb... Ping kat Google plus rajin sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. google plus senang sikit nak ping. tapi tak se-mantop ping kat group FB (kalau entri kita mengena). kalau kat FB, ada orang komen,like,share. bila sorang share, yg lain2 akan nampak.

      Delete
  6. ooo rajin dengan tak jela ceritanya ye

    ReplyDelete
  7. Ohh patutlah sahidah rajin nak post kat fb group, memang betul lah yang rajin2 memang pv tinggi la hiii .. good sharing akak ada sekali bila rajin memangg rjin nau pergi ping dekt fb hii

    ReplyDelete
  8. yassssss.. akak pun buat benda yang sama.. hee~

    ReplyDelete
  9. Waahhh.. kali nie panjang post Sayidah hehe~ Gigihkan diri juga baca sampai habis. Nak ada ilmu kena belajar drp org lain. Apapun terima kasih kerana berkongsi, x sangka ramai pula group fb yg sayidah ikut ..

    ReplyDelete
  10. Ye, akak terus request beberapa group tadi, hehe

    ReplyDelete
  11. Sayidah, terima kasih atas perkongsian tips tingkatkan trafik blog.

    ReplyDelete
  12. Wahh thank you share tips ni, sangat bermanfaat! Yes, kepuasan blogging bukan hanya dari income atau pv semata-mata. Tapi bila kita dapat share info yang berguna pada orang lain, itu lebih bermakna :)

    [www.ellatomo.com]

    ReplyDelete
  13. terbaik..tau tak terkadang tu maleh nau nak menge'ping' hehee

    ReplyDelete
  14. tahniah taw berjaya masuk bloglist syaza.

    ni link dia : bleh check kat list :)

    https://www.vitaminsyaza.com/2018/08/giveaway-vitaminsyaza.com-shaklee-melaka.html

    ReplyDelete
  15. Sebab tu rabia rajin share my post at the group2 blogger facebook.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau entri bukan pasal blogging, rabia jangan post kat group blogger. post kat group2 non-blogger facebook :)

      Delete
  16. tq share KC yg baik hati...
    terus bookmark, nnt nak try juga tips KC...

    ReplyDelete
  17. pergghhh banyaknya group! Tak pernha ping dekat mana2 group fb sebab segan hahaha

    ReplyDelete
  18. Lorrr.... tak pernah buat ping entry kat non FB blogger hati kecil sentap ti kena carut muahahaahaaaaa....

    ReplyDelete
  19. yeay done! semangat baca kc haha tq for sharing the tips

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p